Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJaclyn Victor Lancar Single Baharu Menjelang Konsert Solo, Lagu ‘Sesal Tak Bermakna’...

    Jaclyn Victor Lancar Single Baharu Menjelang Konsert Solo, Lagu ‘Sesal Tak Bermakna’ Cenderahati Istimewa

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Menuju konsert solo yang dijadual berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 12 Oktober depan, penyanyi berprolifik tinggi, Jaclyn Victor hadir dengan ‘cenderahati’ istimewa.

    Single baharu

    ‘Sesal Tak Bermakna’, inilah cenderahati istimewa yang tidak sabar diperdengarkan Jac kepada semua peminat dan pemerhati muzik tempatan. Dihasilkan Gerald Sellan dan Mux Ryzor selaku penerbit, Sesal Tak Bermakna turut menerima gabungan idea Adrian Puan bersama Gerald sebagai komposer.

    Jaclyn atau mesra disapa Jac, juga mahu peminat melihat sisi berbeza dirinya selepas lebih dua dekad dalam arus muzik menerusi Sesal Tak Bermakna yang bernuansa gelap berbanding hit miliknya seperti Gemilang atau Kejutkan Aku.

    Dibalut dalam genre balada pop ditemani melankolis dentingan piano, Jac mendefinisikan lagu tersebut sebagai semangat yang perlu ada dalam setiap individu setelah sesuatu perkara kurang baik berlaku.

    Mungkin bunyi Sesal Tak Bermakna seperti satu penyesalan terhadap perbuatan yang telah dilakukan tapi Sesal Tak Bermakna versi single kedua saya ini adalah bagaimana seseorang belajar di sebalik sesuatu yang berlaku dan berusaha menjadi lebih baik pada masa hadapan.

    Sesal Tak Bermakna adalah sebuah lagu cinta. Ia mengajar kita meneroka dan mengatasi penyesalan serta memaafkan diri sendiri. Saya juga berpegang kepada peribahasa ‘apa yang tidak membunuhmu, menjadikanmu lebih kuat’. Dan itulah (roh) yang ada dalam Sesal Tak Bermakna.

    Menariknya juga untuk muzik video lagu ini, Jac kembali mempamerkan bakat lakonannya dengan menjadi pemeran untuk video tersebut. Sebelum ini Jac juga pernah berlakon menerusi filem Talentime pada tahun 2009.

    Seiring lahirnya Sesal Tak Bermakna di pasaran, Jac juga teruja menyambut ribuan peminat untuk merayakan ulang tahun ke-20nya sebagai anak seni di konsert First Solo Concert Jaclyn Victor.

    ALSO READ:  Netizen Titip Doa Buat Elizad Selepas Uqasha Senrose Umum Hamil?-“Semoga Awak Juga Dapat…”

    Di pentas Zepp KL pada 12 Oktober 2024 nanti, Sesal Tak Bermakna akan disampaikan bersama lagu-lagu lain yang telah mengharumkan nama Jac iaitu bukan sekadar ‘gadis pemenang program realiti televisyen’ sebaliknya permata seni yang patut dibanggakan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts