Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Saturday, July 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainmentJadikan Telefon Tempat Menyimpan 1001 Rahsia, Inara Disaman Gara-Gara Selongkar Telefon Suami

    Jadikan Telefon Tempat Menyimpan 1001 Rahsia, Inara Disaman Gara-Gara Selongkar Telefon Suami

    -

    Shopee CNY Sale

    Ramai orang tahu bahawa kepercayaan terhadap pasangan merupakan teras dalam rumah tangga dan menjadi elemen utama bagi mengelakkan daripada wujudnya keraguan atau prasangka.

    Bahkan saling mempercayai dan jujur antara satu sama lain amat penting bagi mengelakkan wujud perasaan curiga sehingga ada bertindak di luar batas iaitu dengan memeriksa telefon pintar pasangan.

    Penggunaan telefon pintar bukan sahaja berfungsi sebagai medium komunikasi, tetapi turut menyimpan 1001 rahsia kenalan, aktiviti dan perbualan dengan ahli keluarga, rakan sekerja atau rakan-rakan.

    Daripada itu, segala perkara tersembunyi akan terdedah sehingga menyebabkan pergaduhan ataupun penceraian terutama apabila pasangan ‘kantoi’ curang.

    Bagaimanapun, menurut sumber sahih harus diingatkan bahawa melihat atau mengintai telefon pasangan tanpa kebenaran hukumnya haram.

    Berbahas soal ini, biarpun telah sah bercerai, penyanyi Virgoun dan bekas isterinya, Inara Rusli masih bertelagah di mahkamah.

    Persengketaan mereka berlanjutan apabila Virgoun memfailkan saman terhadap Irana atas kesalahan wanita itu membuka akses telefon bimbit miliknya tanpa izin.

    Inara didakwa membaca segala butiran dalam telefon bimbit sewaktu mereka masih suami isteri.

    Tuntutan berkenaan disifatkan Inara sebagai mengelirukan kerana sebagai pasangan, menjadi kebiasaan buat isteri melihat telefon suami sendiri.

    “Kalau memang betul saya lakukan (buka telefon tanpa izin), penjarakan saja saya.

    “Ramai pasangan suami isteri yang memang mahu lihat isi telefon bimbit pasangan masing-masing.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts