Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJaga Kulit Wajah Cara Datin Shahida Di Rumah, Geng Surirumah Patut Cuba...

    Jaga Kulit Wajah Cara Datin Shahida Di Rumah, Geng Surirumah Patut Cuba Petua Simple Ini!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sekadar info, ibu kepada enam orang anak ini sudah pun berusia 38 tahun. Meskipun sibuk menguruskan anak, suami dan kerja rumah, tak dinafikan kulit Datin Shahida masih lagi nampak awet muda dan sangat mulus.

    Agak-agaknya apa yang Datin Shahida amalkan untuk dapatkan kulit sebegitu?

    Tips Cantik Datin Shahida

    Untuk pengetahuan kamu, walaupun Datin Shahida adalah suri rumah dan juga usahawan, beliau akan mencari masa untuk menjaga kecantikannya. Antaranya adalah dengan bersenam dan sentiasa menjaga penampilan.

    Datin Shahida yang baru melahirkan anak yang keenam pada awal tahun ini memberitahu yang dirinya sangat menjaga kesihatan badan pada usia 38 tahun. Dedahnya, bersenam secara berkala membuatkan dirinya lebih cergas untuk melakukan kerja di rumah dan juga pejabat.

    Apabila bersenam, badan dapat membuang toksin melalui peluh, membakar kalori, mengurangkan stress, melancarkan peredaran darah dan mencantikkan lagi kulit wajah.

    Selain itu, Datin Shahida juga memberitahu yang dirinya sangat menyukai hidangan ulam dalam setiap makanannya. Tak kiralah apa jenis ulam, ianya memberikan khasiat yang sangat bagus pada badan dan kulit.

    Untuk solekan pula, isteri Dato’ Aliff Syukri ini sangat menyukai untuk mengenakan solekan tipis. Yang biasanya, beliau akan mengenakan powder foundation, blusher dan hanya gincu. Cukup ringkas dan menaikkan serinya.

    Selamat beramal~


    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts