Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJalinan Simfoni, Orkestra Menerusi SEARCH Symphonic Live In Kuala Lumpur Pada 21...

    Jalinan Simfoni, Orkestra Menerusi SEARCH Symphonic Live In Kuala Lumpur Pada 21 September 2024

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Setelah mencetak sejarah dengan kejayaan siri Konsert Fantasia Bulan Salju yang pertama kali dianjurkan di Arena of Stars, Resorts World Genting pada Ogos 2023 dan Fantasia Bulan Salju Live In Singapore pada Januari lalu, kugiran rock legenda Search belum mahu berhenti mengekalkan keutuhan dan keunggulan mereka.

    Konsert Berkonsepkan Orkestra

    via OPR Network

    Kepercayaan terus diberikan oleh pihak penganjur terhadap Search yang disifatkan masih relevan serta ‘mahal’ apabila kugiran yang dianggotai Datuk Amy, Man Kidal, Hillary Ang dan Nasir Daud ini bakal melaksanakan sebuah lagi konsert berskala besar pada tahun ini.

    Tidak tampil dengan persembahan klise, Search akan menemui peminat lewat sebuah konsert berkonsepkan orkestra.

    Diberi nama Search Symphonic Live In Kuala Lumpur, konsert tersebut dijadual berlangsung pada 21 September 2024 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

    Satu Lagi Kejayaan Buat Search

    via OPR Network

    Selaku penganjur, Persatuan Rekreasi Global Malaysia menyifatkan kolaborasi perdana dengan kugiran yang terkenal di Nusantara menerusi Search Symphony Live In Kuala Lumpur sebagai satu lagi kejayaan yang bakal dilakar oleh pihak mereka.

    Bagi Search sendiri, mengadakan konsert dalam skala besar pada usia empat dekad adalah sebagai tanda aras bahawa karya yang berkualiti akan sentiasa didambakan dan abadi di hati peminat.

    Justeru Search berpendapat mereka tidak mempunyai sebab untuk menolak lamaran Persatuan Rekreasi Global Malaysia (PRGM) untuk menjayakan Search Symphonic Live In Kuala Lumpur pada 21 September 2024 ini.

    Tiket Sudah Mula Dijual

    via OPR Network

    Kugiran tersebut juga mahu memastikan Search Symphony Live In Kuala Lumpur bakal menjadi satu lagi momen terbaik yang pernah dirasai oleh peminat.

    Tiket-tiket Search Symphonic Live In Kuala Lumpur bermula dengan harga RM168 (PS3), RM268 (PS2), RM368 (PS1) dan RM468 (VIP) boleh dibeli bermula 17 Mei 2024, 2.30 petang menerusi www.myticket.asia atau hubungi talian ticket hotling di 03 8605 0195.

    ALSO READ:  Tular Video Didakwa Kritik Lee Zii Jia, Hafizal Hamad Kesal Netizen ‘Korek’ Aib Keluarga

    Setiap jualan tiket bagi konsert ini iaitu RM 10.00 akan disumbangkan kepada Persatuan Karyawan Malaysia bagi membantu artis-artis yang memerlukan.

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts