Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJamal Abdillah Pengguna ‘Perfume’ Perempuan Sejak Muda, Miliki Beratus Koleksi – ‘Tak...

    Jamal Abdillah Pengguna ‘Perfume’ Perempuan Sejak Muda, Miliki Beratus Koleksi – ‘Tak Salah Pun Lelaki Pakai’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Datuk Jamal AbdillahDatuk Jamal Abdillah

    Penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah mendedahkan dirinya lebih suka menggunakan minyak wangi wanita berbanding lelaki.

    Perfume wanita

    Datuk Jamal AbdillahDatuk Jamal Abdillah

    Memiliki ratusan koleksi minyak wangi, Jamal atau Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 65, berkata, bauan minyak wangi wanita lebih tahan lama dan mengakui sudah menggunakannya sejak muda.

    Saya merupakan pengumpul minyak wangi dan saya pengguna minyak wangi wanita. Saya suka bauan wanita dan banyak koleksi minyak wangi wanita.

    Bauan wanita ini saya perasan tahan lebih lama, yang bau lelaki memang saya kurang pakai. Saya dah pakai minyak wangi wanita daripada muda.

    Pada saya tak salah pun kaum lelaki pakai minyak wangi wanita. Kalau saya pakai, mesti orang tegur wangi minyak wangi saya. Sekarang ada seratus lebih koleksi.

    Jamal berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran minyak wangi Verlune by Datuk Jamal yang berlangsung di sekitar ibu kota, pada Khamis.

    Verlune lambang bulan

    Datuk Jamal AbdillahDatuk Jamal Abdillah

    Berkongsi lanjut, Jamal berkata minyak wangi tersebut merupakan hasil rekaannya yang diilhamkan menerusi cinta dan pengabdian kepada isteri tersayang iaitu Datin Zai Izzati.

    Minyak wangi itu merupakan dedikasi tulus dari hati Jamal kepada isterinya yang menandakan satu kejayaan dalam perkahwinan mereka.

    Verlune membawa maksud bulan di dalam bahasa Perancis. Melambangkan keteguhan, cahaya dan cinta kepada isteri yang menjadi tulang belakang dalam setiap kejayaan yang dikecapi.

    Bulan mencerminkan ketenangan dan kestabilan yang saya alami sendiri di tengah-tengah kerumitan serta ujian dalam kehidupan profesional saya sebagai seorang penyanyi.

    Boleh dikatakan bulan yang saya maksudkan itu ialah isteri tercinta saya iaitu Datin Zai
    Izzati. Malah maksud Verlune itu sendiri melambangkan keteguhan, cahaya dan cinta.

    Harga runcit bagi minyak wangi Verlune by Datuk Jamal adalah RM198. Tetapi sempena pelancaran pertama produk itu, pihak pengurusan berbesar hati memberikan promo istimewa dengan menawarkan harga serendah RM149.

    ALSO READ:  [VIDEO] 'Sama Darah Meskipun berbeza Rahim' - PU Abu

    Verlune by Datuk Jamal boleh dibeli melalui platform dagangan e-digital TikTok Shop @lecreateurdesparfum

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts