Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJamal Abdillah Terima Rezeki Allah, Sedar Netizen Kecam Isteri Hamil Lagi –...

    Jamal Abdillah Terima Rezeki Allah, Sedar Netizen Kecam Isteri Hamil Lagi – ‘Saya Dah Dapatkan Pandangan Doktor Pakar’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi, Datuk Jamal Abdillah mengakui dirinya sedar akan kecaman diberikan segelintir netizen susulan berita kehamilan kali isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin.

    Tak ambil pusing, anggap rezeki Allah

    Walau bagaimanapun, pemilik nama Jamal Ubaidillah Haji Mohd Ali ini berkata, dia sama sekali tidak melayan kecaman tersebut sebaliknya menganggap kehamilan isterinya sebagai takdir dan rezeki dari Allah SWT.

    Kadang-kadang perkara ini, kita tak boleh rancang. Yang menentukan adalah Tuhan, rancanglah macam mana pun tak boleh buat apa.

    Saya tak layan segala kecaman atau pun kata-kata negatif yang dilemparkan, bahkan saya tak tengok pun.

    Saya rasa, saya buat ini semua kerana Allah. Bila jadi lagi macam itu (bakal dikurniakan cahaya mata), saya panggil ia sebagai rezeki buat saya.

    Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Kekasih Awal Dan Akhir’ ini juga memaklumkan bahawa dia juga ada merujuk dengan doktor pakar mengenai hal-hal melahirkan anak melalui kaedah czer.

    Berkenaan dengan bersalin secara czer, saya dah dapatkan pandangan daripada doktor pakar juga.

    Kalau tidak, saya pun tak berani.

    Jamal berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media Konsert Divas & Diamonds yang diadakan di Pavilion Cafe, The Royal Lake Club, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada petang Selasa.

    Ketika ditanya adakah dirinya bercadang untuk menimang cahaya mata lagi di masa akan datang, penyanyi berusia 66 tahun ini berkata dia menyerahkan perkara tersebut kepada isterinya.

    Bagi saya, saya serah kepada isteri saya. Kalau dia kata sanggup untuk mengandung lagi saya okay dan kalau dia kata dia nak ikat pun saya okay.

    Saya juga harus fikirkan isteri saya sama ada dia mampu lagi atau pun tidak, sama ada melahirkan anak secara czer itu boleh dilakukan lagi atau tidak selepas dah lahirkan lima orang anak.

    Banyak benda yang saya harus fikirkan, tak boleh fikir diri saya saja.

    Terdahulu, Jamal memaklumkan isterinya, Zai Izzati kini sedang hamil dua bulan dan bakal menimang cahaya mata ketujuh.

    ALSO READ:  [VIDEO] Bella Astillah Teruja Dapat Motor Skuter Elektrik, Nombor Plat BELL4!

    Walau bagaimanapun, berita gembira Jamal itu menyebabkan dirinya teruk dikecam wargamaya yang risau dengan keadaan kesihatan isterinya yang baru sahaja melahirkan anak keenam mereka pada April tahun lalu.

    Sekadar info, Jamal dan Zai Izzati mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017 dan dikurniakan empat orang anak iaitu Nur Azura Yamani, 5, El Isaac Yamani, 4, Iskandar Rayyan Yamani, 2, dan Rahil Laura Salsabila Yamani yang kini berusia setahun lebih.

    Jamal juga memiliki dua lagi anak lelaki hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts