Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 29, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJamal Abdillah Tidak Teragak Ambil Tindakan Undang -Undang Sekiranya Nama Anak Masih...

    Jamal Abdillah Tidak Teragak Ambil Tindakan Undang -Undang Sekiranya Nama Anak Masih Dipetik Curi Kereta Ferrari

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi legenda tanah air iaitu Datuk Jamal Abdillah berkata, anaknya Osama Yamani tidak terlibat dengan isu mencuri kereta mewah yang viral di media sosial beberapa hari lalu.

    Ganggu emosi anak

    Memetik laporan Harian Metro, Jamal memaklumkan anaknya itu kesal dikaitkan dengan tuduhan liar berkaitan isu tersebut. Tambah Jamal, emosi Osama turut terganggu.

    Osama mengadu hal kepada saya. Katanya babah, Maman (Osama) dah kena fitnah. Saya tanya pasal apa dan dijawabnya pasal isu curi kereta. Saya tanya adakah Maman buat dan dia menafikannya.

    Dia juga mengakui tidak tahu menahu berkenaan perkara yang diperkatakan.

    Saya cuma minta dia bersabar dan jangan pedulikan perkara ini. Buat bodoh dululah, tengok apa perkembangan selanjutnya.

    Osama memang rasa kecewa kerana nama bapanya disabitkan, orang kaitkan anak penyanyi Jamal Abdillah. Itu yang dia sedih. Sebab bapanya (saya) tak tahu apa-apa.

    Berbicara lebih lanjut, pelantun suara ‘Penghujung Rindu’ ini sempat menitipkan nasihat buat anaknya agar sentiasa bersabar dengan ujian yang melanda.

    Memang saya sepatutnya ambil tindakan mahkamah, saman pihak terbabit. Tengok kalau perkara ini berlarutan, nama saya disabitkan, ini anak saya, saya akan ambil tindakan mahkamah.

    Sekarang saya nasihatkan Osama inilah dia kalau kita dah popular, tak semua orang suka kita. Tak semua orang minat kita, ada yang benci dengan kita dan akan kaitkan kita dengan benda tak elok.

    Saya nasihatkan dia bersabar dan kita tengok dulu apa perkembangan seterusnya. Kalau teruk sangat, kita akan ambil tindakan.

    Terdahulu, viral kisah seorang anak penyanyi terkenal era 90-an didakwa mencuri sebuah kereta Ferrari bernilai RM300,000 di sebuah pusat cuci kereta di Jalan Hillview, Hulu Kelang pada 17 November lalu.

    ALSO READ:  [VIDEO] Momen Tiara Bantu Achey Kemas Rumah Waktu Isteri Kurang Sihat Buat Netizen Terhibur – ‘Dia Boleh Guna Kaki Ja’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts