Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJana Pendapatan Sampingan Sambil Shopping Raya di GM Klang!

    Jana Pendapatan Sampingan Sambil Shopping Raya di GM Klang!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Menjelang bulan Ramadhan mesti ramai yang dah merancang nak buat persiapan untuk raya betul tak? Takut nanti dah mula berpuasa tak larat nak beriya sangat shopping kan?.

    Buat korang yang dah mula tercari-cari tempat untuk shopping raya tu, apa kata korang terus je ke GM Klang. Di sana tersedia pelbagai kelengkapan raya untuk rumah sampailah ke baju sedondon untuk korang sekeluarga, serba lengkap!

    GM Klang tawar kelengkapan raya dengan harga berpatutan

    Nak cari perhiasan rumah? Balang kuih? Tudung dan baju raya? Semuanya ada di GM Klang! Mudah kan? Hanya satu tempat namun tersedia kesemua keperluan raya yang mencukupi di bawah satu bumbung.

    Bawak je semua ahli keluarga korang ke sini, gerenti mereka tak akan pulang dengan tangan kosong!

    Pasal harga pun korang tak perlu risau sebab barangan di GM Klang dijamin murah dan berbaloi. Lagi banyak korang beli maka lebih banyak penjimatan menanti korang!

    Di GM Klang pembelian dalam kuantiti banyak akan dikira mengikut ‘harga borong’.

    Jadi, kalau korang shopping dengan adik-beradik, saudara-mara atau kawan-kawan lagi untung sebab korang akan dapat harga yang jauh lebih rendah berbanding harga jualan biasa.

    Haa.. Jimat kan? Tak perlu dah korang nak berhabis sampai ribuan ringgit untuk raya. Di GM Klang semua orang boleh bergaya sakan raya ini tanpa perlu berbelanja besar.

    Boleh jana pendapatan sampingan!

    Tapi alang-alang korang dah beli banyak tu, apa kata terus je buat meniaga sekali. Bolehlah korang jana pendapatan sampingan untuk raya nanti!

    Haa.. Bukan je dapat baju raya cantik, tapi siap boleh buat ‘duit tepi’ tau. Untung gila!

    ALSO READ:  Noorkhiriah Puji Lakonan Syafie Naswip, Seronok Dapat Bergandingan Bersama – ‘Penantian 19 Tahun Tidak Sia-Sia’

    Pasal barangan jualan, korang memang tak perlu risau kerana GM Klang menawarkan pelbagai barangan menarik untuk korang pasarkan semula termasuklah perhiasan rumah, fesyen, aksesori. cadar, karpet. langsir, kuih raya, kerepek dan macam-macam lagi.

    Modal meniaga pun rendah je dengan adanya GM Klang, memudahkan korang yang baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan.

    Nak lagi senang, korang join je ‘Komuniti Bisnes GM Klang’ dengan memuat turun aplikasi mereka di App Store  dan Google Play Store. Banyak kelebihan yang korang akan dapat sebagai pelanggan GM Klang menerusi aplikasi mereka!

    Jadi, tunggu apa lagi? Jom ke GM Klang untuk borong barang keperluan raya dan perniagaan korang!

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts