Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJana Pendapatan Tambahan dengan Affiliate TikTok Shop dalam 11.11 & 12.12 Mega...

    Jana Pendapatan Tambahan dengan Affiliate TikTok Shop dalam 11.11 & 12.12 Mega Sale!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pernah dengar tentang ”beg kuning” kat TikTok? Kalau korang perasan, simbol beg kuning di kiri bawah semasa skrol FYP atau di live, itulah TikTok Shop.

    Tahukah korang bahawa korang boleh buat duit di TikTok Shop walaupun tanpa produk sendiri?

    Betul tu! Dengan menjadi Affiliate Creator di TikTok Shop, korang boleh jana pendapatan melalui komisen apabila orang membeli produk yang korang promosikan.

    Tak perlu modal, tak perlu urus stok atau servis pelanggan, cuma cipta kandungan yang menarik dan letakkan pautan produk! Jom kami kongsikan cara-caranya!

    Macam mana TikTok Shop Affiliate berfungsi?

    Affiliate Creator di TikTok Shop menjana duit melalui pemasaran affiliate.

    Korang boleh pilih produk, cipta video yang menarik, dan hanya perlu pastikan pautan produk ditambah ke kandungan korang.

    Apa syarat nak jadi Affiliate Creator TikTok Shop ni?

    Kalau korang nak mula, akaun TikTok korang mesti ada sekurang-kurangnya 1,000 followers dan korang mestilah berumur 18 tahun ke atas.

    Korang boleh apply untuk jadi Affiliate Creator di TikTok profile dengan mengikuti langkah mudah ni:

      1. Pilih “Creator Tools”
      2. Pilih “TikTok Shop for Creator” dan tekan “Apply” sekiranya memenuhi syarat.

    Kat mana nak cari produk untuk dijual?

    Kalau korang tak tahu produk apa yang ingin dijual, korang ikuti je langkah kat bawah ni:

    Tips dari Top Creator TikTok Shop – Apa yang korang kena tahu? 

    Nak mula di TikTok Shop? Cuba ikut tips dari tiga top creators yang dah berjaya jana pendapatan tinggi di TikTok Shop.

    Soalan: Nasihat apa korang nak bagi pada yang baru nak mula pilih produk affiliate?

    Pinn Yang: Pilih produk ikut niche korang, baca review pembeli, dan tengok produk mana yang tengah trending. Korang juga boleh sertai MCN macam Pixie untuk dapatkan idea kreatif dan sokongan.

    almiyaz: Untuk yang baru nak bermula di TikTok Shop, pilihlah produk yang korang suka dan konsisten. Kalau minat fesyen, boleh mulakan dengan jubah atau tudung.

    ALSO READ:  OiYO Flagship Store Kini Di Mid Valley, Tawarkan Pop-Up Bakery Barangan Keperluan Untuk Seisi Keluarga

    Untuk permulaan, boleh juga untuk cuba lain-lain kategori sampai jumpa yang betul-betul serasi dengan persona korang. Kemudian, all out dan terus konsisten.

    moncherilive: Cari produk yang sesuai dengan audiens korang, pilih stail yang sesuai serta tentukan harga purata yang korang nak sasarkan untuk audiens korang.

    Soalan: Apakah faktor lain yang perlu dipertimbangkan semasa memilih produk?

    Pinn Yang: Pertimbangkan harga, kualiti, dan juga kesukaran untuk menjual produk tersebut. Sebagai contoh, produk yang menunjukkan impak visual seperti vakum pencuci kotoran yang menampilkan kesan “sebelum dan selepas” dengan jelas akan lebih mudah untuk dijual.

    almiyaz: Perkara paling penting adalah demand produk tersebut, adakah ia tengah trending atau tidak. Harga pun kena check supaya berpatutan, ada diskaun atau promosi flash sales tak? Pastikan juga kualiti produk sebab ini akan membantu membina kepercayaan jangka panjang dengan pelanggan. Jangan terlalu fokus kepada jualan sampai ketepikan kualiti.

    moncherilive: Semak rating produk, rating kedai, dan juga purata harga produk.

    Soalan: Boleh kongsikan tips untuk mencipta kandungan video pendek yang mampu hasilkan jualan tinggi?

    Pinn Yang: Selain memilih produk yang sesuai, fokus kepada engagement penonton dalam tiga saat pertama. Di sinilah hook visual yang kuat diperlukan untuk tarik perhatian mereka dan buat mereka ingin terus menonton. Visual menarik yang menonjolkan keunikan produk adalah kunci utama.

    almiyaz: Cara terbaik dan berkesan adalah tunjukkan diri guna produk tu sendiri. Kalau ada promosi, bagitahu dengan nada excited dan teruja, serta buat urgent order dengan maklumkan bila promosi akan bermula dan tamat. Jangan lupa sertakan call-to-action di akhir video supaya penonton tahu di mana nak beli produk tersebut.

    moncherilive: Cari idea kandungan yang sesuai dengan personaliti sendiri, dan gunakan lagu yang tengah trending.

    Soalan: Apakah strategi terbaik untuk menjana jualan tinggi di TikTok Shop LIVE?

    Pinn Yang: Tiga sebab utama penonton menonton livestream ialah untuk mendapatkan tawaran baik, ulasan produk jujur, dan kandungan yang menghiburkan. Saya pastikan untuk terus memperbaiki diri dalam ketiga-tiga aspek ini. Saya juga pentingkan hubungan dengan penonton; selalu balas komen, ucap terima kasih secara peribadi jika mereka beli, dan pin mesej mereka supaya mereka rasa dihargai.

    ALSO READ:  Gadis Di Malaysia Rupanya Paling Lambat Hilang Dara? Ini Laporan Penuh Dari DUREX

    almiyaz: Strategi terbaik adalah buat urgent order apabila ada voucher atau kupon terhad. Maklumkan kepada penonton untuk cepat checkout sebelum kupon habis, dan letakkan sticker harga promosi pada skrin untuk tingkatkan keterujaan. Bila stok terhad, ini akan lebih push pelanggan untuk checkout segera.

    moncherilive: Rancang sesi live dengan baik, buat forecast sasaran jualan setiap jam, dan pilih produk yang sesuai serta durasi live yang tepat.

    Fungsi terbaru: Affiliate Links untuk Kempen TikTok Shop 11.11 Mega Sale

    Sempena 11.11 Mega Sale, TikTok Shop memperkenalkan Affiliate Links, di mana ia membolehkan korang jana komisen Affiliate dengan mengesyorkan produk TikTok Shop kepada rakan dan keluarga!

    Apa itu Affiliate Links?

    Affiliate Links adalah ciri yang membolehkan Creators mempromosikan produk TikTok Shop di luar aplikasi. Setiap pautan dihubungkan terus dengan akaun Creator, jadi apabila pembeli klik pautan tersebut dan membuat pembelian, komisen akan terus disalurkan kepada Creator.

    Affiliate Links ini dapat membantu korang jana komisen dengan lebih mudah, terutama dengan fungsi seperti:

        • Pautan Produk Individu
        • Pautan Showcase (Multi-produk)
        • Pautan Kempen

    Ini cara mudah untuk hasilkan Affiliate Links dalam tiga langkah sahaja:

    TikTok Shop 11.11 Mega Sale: Rebut diskaun & tawaran terbaik!

    Lebih menarik, korang juga berpeluang untuk nikmati tawaran menarik, promosi eksklusif, dan produk laris yang ideal untuk promosi affiliate korang.

    Jangan lepaskan peluang untuk jana pendapatan dengan promosi hebat di TikTok Shop 11.11 Mega Sale bermula 7 hingga 11 November ini. Antara tawaran hebat termasuk:

    1. Voucher Penghantaran Percuma Tanpa Had yang boleh digabungkan dengan Platform Discount Voucher dan Seller Discount Voucher yang bernilai keseluruhan RM11 juta dari 7-11 November.

    1. Harga Terbaik Dijamin- Harga Hangat Setiap Hari Sepanjang Kempen dengan Harga Terendah HARIAN bagi*:
    • Sony WH-1000XM5 Wireless Headphones – RM1101 (harga biasa RM1159)
    • Farm Fresh Grow Powder

      1-3 Years Old 800g Bundle Pack X2- RM74 (harga biasa RM77.38)
    • Skintific 4Pcs Skincare Set – RM79 (harga biasa RM83)
    • TTRacing Duo V3 Gaming Chair – RM365 (harga biasa RM384)
    • Case Valker 3 in 1 Luggage Bag – RM199 (harga biasa RM209)
    • GBGOLD GOLD BAR ASSORTED – Diskaun 10%
    1. Beli 1 Percuma 1/ Beli 1 Percuma 1 Hadiah* untuk produk terpilih dari pelbagai kategori, termasuk elektronik, fesyen, keperluan harian, dan gaya hidup.
    2. Promosi Maybank: Rebat RM10 dengan perbelanjaan minimum RM30*.
    3. Lebih banyak baucar & harga terbaik pada 10 Nov, 7PM-11PM, Mega Live Showdown dengan baucar LIVE eksklusif sehingga 90% diskaun*, peluang untuk memenangi kereta, motosikal, telefon pintar dan banyak lagi serta persembahan artis!
    4. Pulangan Percuma Selama 15 Hari
    ALSO READ:  Atikah Suhaime Disyaki Hamil, Alahan Teruk Buat Pengikut Berteka-Teki

    Jadi jangan lepaskan peluang untuk nikmati TikTok Shop 11.11 Mega Sale dan pastikan korang tonton Live Showdown pada 10 November, 7PM – 9PM untuk dapatkan tawaran terbaik dan promosi hebat!

    *Tertakluk terma dan syarat.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts