Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Jangan Aniaya Orang Ramai Macam ni”- Khairul Aming Ambil Tindakan Saman Berkait...

    “Jangan Aniaya Orang Ramai Macam ni”- Khairul Aming Ambil Tindakan Saman Berkait Sambal Nyet Ciplak

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelbagai kaedah usahawan memperkenalkan, mempromosikan, dan memasarkan produk untuk menarik perhatian dan memikat pelanggan mengenai kewujudan jenama mereka.

    Dengan melimpahnya pelbagai jenama dalam pasaran, usahawan perlu lebih kreatif supaya produk mendapat sambutan bagi melonjakkan perniagaan. Media sosial platform popular bagi mengumpul likes atau perkongsian tinggi.

    Ada sebahagian usahawan yang mahu melonjakkan identiti diri tanpa mempedulikan cemuhan masyarakat, sehingga merendahkan dan menjatuhkan martabat diri.

    Dasawarsa ini juga kita dapat dilihat perniagaan di Malaysia mengikut trend dan bermusim. Bila sesuatu produk itu mendapat tempat di kalangan pengguna, tidak lama selepas itu pasti muncul produk serupa tetapi menerusi jenama dan syarikat berlainan.

    Tidak dinafikan ia persaingan sihat di kalangan peniaga. Namun, sejauh mana perniagaan sesuatu produk itu mampu bertahan dan adakah ia boleh dianggap menutup periuk nasi peniaga lain?

    Manakala dari sudut pencipta asal sesuatu produk, adakah merasakan produknya ditiru?

    Untuk berjaya dalam perniagaan, antara salah satu Resepi ialah tidak perlu meniru produk ciptaan usahawan lain.

    Berbahas soal ini, baru-baru ini usahawan muda yang juga pempengaruh media sosial, Khairul Amin Kamarulzaman, mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang dikenal pasti cuba meniru produk Sambal Nyet.

    Beliau yang lebih dikenali sebagai Khairul Aming berkata, kewujudan produk berkenaan telah dikesan sejak beberapa hari lalu, namun memerlukan masa untuk mengumpulkan bukti.

    “Kita sedar kewujudan sambal ni sejak beberapa hari lepas. Tapi kita tengah kumpul bukti untuk ambil tindakan undang-undang.”

    “Kami dah beli sambalnya untuk dijadikan bukti dan jejak siapakah penjual terbabit.”

    Beliau menambah, terdapat lapan tuntutan telah disenaraikan dalam LOD berkenaan, namun tidak mendedahkan lebih lanjut.

    “Jika mereka gagal penuhi kesemua tuntutan tersebut kita akan bawa kes ini ke proses undang-undang yang seterusnya,” katanya.

    Anak kelahiran Kelantan itu menjelaskan, tanda dagangan Sambal Nyet telah didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan diluluskan pada tarikh 2 November 2021.

    ALSO READ:  Mahu Wajah Anda Terpampang Di BILLBOARD? Jom Sertai Kempen Dari SAMSUNG Ini

    Katanya, isu Sambal Nyet ciplak pernah terjadi tiga tahun lepas dan kes terbaharu yang berlaku amat dikesali.

    Tular di media sosial produk sambal dengan jenama ‘Sambal Nyet Khairi’ yang menyerupai identiti khususnya pembungkusan seperti Sambal Nyet yang dikeluarkan oleh Khairul Aming.
    Perkara itu mendapat perhatian warganet dan mengundang pelbagai kecaman berikutan ciri-ciri produk ciplak dikenal pasti adalah sama dengan identiti produk asal termasuk logo, tulisan dan kad yang mempunyai gambar individu dipercayai penjual sambal tersebut.
    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts