Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Jangan Biarkan Hari Berlalu Macam Tu Je, Pergi Jumpa & Peluk…Abaikan Bodyguard...

    ‘Jangan Biarkan Hari Berlalu Macam Tu Je, Pergi Jumpa & Peluk…Abaikan Bodyguard Tu Semua’ – Abby Abadi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Abby Abadi meminta Fattah Amin untuk bercuti sekejap daripada menjalani penggambaran.

    Menurut Abby, tinggal berasingan dan sibuk bekerja boleh menyebabkan hubungan Fattah dan Fazura semakin retak.

    Awak lebih berhak!

    Menerusi beberapa posting di Instagram Story, pelakon ‘Gerak Khas’ itu memberi nasihat kepada Fattah agar meminta pertolongan daripada Allah supaya rumah tangga yang dibina dapat diselamatkan.

    Akak tak ada kena mengena apa pun, tapi…(emoji sedih). Kata sayang, jangan biarkan hari-hari berlalu macam itu saja. Usaha lebih sikit. Pergi jumpa, pergi peluk! Abaikan bodyguard tu semua. Awak lebih berhak! Duduk asing-asing, sibuk kerja makin meretakkan adik.

    Abby turut memberitahu dia tidak berniat mahu masuk campur urusan rumah tangga Fattah dan Fazura.

    Akak minta maaf, akak tak niat nak masuk campur. Tak tahu kenapa akak rasa sedih sangat kalau korang bercerai. Korang sama cantik, sama padan. Perbaiki apa yang kurang, yang lain serah pada Allah.

    Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini turut mengucapkan selamat hari kelahiran buat Fazura menerusi postingnya. Abby berharap Fazura dapat memberi peluang kepada Fattah seandainya aktor tersebut bersalah.

    Sanah helwah Fazura. Kalau betul Fattah salah bagilah peluang.

    Di akhir posting, Abby berharap semua orang mendoakan yang terbaik buat pasangan itu.

    Tolonglah selamatkan kasih sayang ini Ya Allah. Tolong semua doakan yang terbaik buat pasangan ini. Dorang memang diciptakan untuk bersama. Tak boleh cerai! Tak boleh!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts