Selebriti media sosial popular, Caprice tampil meluahkan pandangannya berhubung kontroversi penyanyi, Aliff Aziz ditangkap khalwat bersama seorang pelakon wanita yang didakwa Ruhainies.
Bukan mudah nak dapat peluang
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di Instagram, Caprice mendakwa semuanya berpunca daripada sikap Aliff sendiri meskipun banyak peluang telah diberikan oleh Bella Astillah sebelum ini.
Apabila kita asyik buat kesilapan yang sama maksudnya ada benda yang tak kena. Bila orang dah bagi peluang kedua, masih buat silap yang sama, dah dapat peluang ketiga pun masih buat benda yang sama, kalau dapat peluang keempat pun masih kau buat silap yang sama maksudnya ada masalah dengan diri kau.
Ini bukan punca orang lain, masalah ekonomi, duit, job atau apa. Peluang nak ubah hidup kita, bukan mudah nak dapat.
Ujar Caprice lagi, ramai lelaki di luar sana yang hari-hari doa untuk dapat peluang kedua dan ketiga tetapi tidak kesampaian.
Bukan senang nak dapat peluang untuk ubah hidup #selamatkanrumahtangga
Video
View this post on Instagram