Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Jangan Bodohkan Diri Dek Kerana Dengki” – Elly Mazlein Bidas Tindakan Pengacara...

    “Jangan Bodohkan Diri Dek Kerana Dengki” – Elly Mazlein Bidas Tindakan Pengacara Yang Menyindirnya!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kecoh di media sosial apabila satu kenyataan yang dimuat naik oleh Elly Mazlein mendapat perhatian orang ramai.

    Membidas Individu Yang Menganggunya

    Elly yang enggan lagi berdiam diri mengambil jalan dengan membidas mana-mana pihak yang cuba menyindir dan menjadikan dirinya sebagai bahan jenaka.

    Dipercayai terkesan dengan usikan tanpa nama oleh Jihan Muse, Elly bertindak menyindir semula Jihan di ruangan Instagram Storynya.

    Menurut Elly dia memilih untuk tidak mengambil tahu mengenai perihal orang lain namun tidak menyangka wujud individu yang masih tidak berpuas hati dengan dirinya.

    Kadang-kadang, kita ini kalau baik sangat, orang pijak-pijak sampai lumat kita punya kepala lutut.

    Sekarang ini saya tak nak dah macam itu. Siapa usik, saya akan usik balik dia.

    Sebenarnya, saya tak suka sangat ambil tahu pasal orang lain.

    Tapi itulah, ada seorang dua ini yang tak habis-habis sibuk pasal saya. Tertanya-tanya juga, apa hebatnya saya ini sampai saya tak boleh keluar daripada kepala otak dia?

    Elak Sifat Dengki Dalam Mencari Rezeki

    via Instagram Elly Mazlein

    Selain itu, sindir Elly lagi, sebagai wanita muslimah, individu berkenaan seharusnya menjaga tatatertib dan menjaga mulut selain tidak perlu memprovokasi orang lain.

    Sayang, seelok-eloknya, kita ini, lebih-lebih lagi sebagai orang perempuan, muslimah pula itu. Kenalah jaga diri dan mulut.

    Jangan buat orang, jangan provokasi orang. Saya ini bukanlah tak boleh dibawa bergurau dengan kawan-kawan sejagat.

    Sama ada dengan kawan rapat, yang masih berkawan memang saya tak kisah.

    Gurau kasar pun tak ada masalah. Tetapi yang ini kategori apa ya? Tak tahulah, segala-galanya berpunca daripada rezeki sahaja.

    Tambah Elly, mengenai soal rezeki, tidak seharusnya mewujudkan sifat dengki kerana segala urusan itu telah direncanakan Tuhan dengan sebaiknya.

    Terdahulu, difahamkan Jihan Muse yang bergandingan dengan Haziq Hussni, diberi tanggungjawab untuk mengacarakan pentas The Chosen One musim kedua.

    Bagaimanapun, ketika mengacarakan pentas tersebut, Jihan dikatakan telah menyindir Elly menerusi usikannya terhadap Haziq yang menggambarkan personaliti Elly sewaktu menjadi pengacara.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts