Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, November 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Jangan Kahwin Dengan Lelaki Pembuli” – Shila Amzah Beri Amran Tegas Kepada...

    “Jangan Kahwin Dengan Lelaki Pembuli” – Shila Amzah Beri Amran Tegas Kepada Para Wanita

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi terkenal Shila Amzah baru-baru ini memberi amaran tegas kepada orang ramai agar tidak berkahwin dengan individu yang mempunyai sejarah sebagai pembuli.

    Menurut Shila, yang nama sebenarnya Nushahila Amir Amzah, 34, sifat kurang belas kasihan yang ada pada pembuli boleh memberikan kesan negatif terhadap pasangan mereka di masa hadapan.

    “Jangan sekali-kali bercinta atau berkahwin dengan seseorang yang mempunyai sejarah menjadi pembuli. Kekurangan empati dan kekejaman mereka akhirnya akan ‘menggigit’ anda pada masa hadapan,” katanya dalam ciapan di aplikasi X baru-baru ini.

    Shila, pelantun lagu popular Memori Tercipta, turut menyeru agar gejala buli dihentikan kerana kesannya yang mendalam dan berpanjangan terhadap mangsa.

    “Hentikan budaya buli. Pembuli selalunya akan sentiasa mengalami kesukaran untuk mengingati peristiwa khusus tingkah laku buli mereka terhadap mangsa. Sementara, mangsa yang dibuli pula sering mempunyai ingatan yang jelas dan berkekalan tentang kejadian tersebut,” ujarnya.

    Shila bagaimanapun tidak menyatakan perkongsiannya itu merujuk kepada kes buli siber atau secara fizikal.

    Imbas kembali, sekitar tahun 2022, Shila pernah mengalami masalah kebimbangan yang melampau atau ‘anxiety disorder’ yang berpunca daripada komen negatif netizen terhadapnya.

    Pada tahun 2017, Shila bertindak menutup akaun Twitternya kerana tidak tahan menjadi mangsa buli siber.

    Pengalaman pahit tersebut memberikan Shila perspektif yang mendalam mengenai kesan buli terhadap seseorang.

    Shila berharap dengan perkongsian ini, orang ramai lebih peka dan berhati-hati dalam memilih pasangan hidup serta lebih menyedari kesan buruk budaya buli.

    Pesanan beliau bukan sahaja ditujukan kepada mereka yang sedang mencari cinta tetapi juga kepada masyarakat umum agar terus memperjuangkan kesedaran tentang kesan buli dan pentingnya menghentikan budaya negatif tersebut.

    ALSO READ:  [VIDEO] Gelagat Sharifah Shahirah Cuba Ikut Stail Tudung Nora Danish, Raih Perhatian-“Dia Buat Cantik, Aku Buat Tak Lawa Pulak”

    Shila Amzah kini terus berdiri teguh dan berani berkongsi pengalamannya, menjadi inspirasi kepada ramai untuk terus melawan budaya buli dan memilih pasangan yang memiliki empati dan belas kasihan.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts