Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Jangan Kaitkan Saya, Kasihan Saya”-Puteri Sarah Tak Anggap Penceraian Syamsul Dan Ira...

    “Jangan Kaitkan Saya, Kasihan Saya”-Puteri Sarah Tak Anggap Penceraian Syamsul Dan Ira Kemenangan Untuknya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, menegaskan bahawa apa yang berlaku dalam perkahwinan antara bekas suaminya, Syamsul Yusof, dan Ira Kazar bukanlah satu kemenangan bagi dirinya.

    Walaupun ada yang menyatakan bahawa Puteri Sarah telah ‘menang’ dalam kemelut yang melanda mereka bertiga, dia tidak berkongsi pandangan yang sama.

    “Saya tidak anggap apa yang berlaku dalam perkahwinan Syamsul dan bekas isterinya adalah satu kemenangan untuk saya,” ujar Sarah.

    Sarah menekankan bahawa semua yang terjadi adalah takdir yang telah ditentukan. Dia menolak dakwaan bahawa ini adalah kemenangan baginya, sebaliknya menyifatkan ia sebagai satu persepsi netizen semata-mata.

    “Ini semua adalah takdir. Saya tidak pernah anggap ini satu kemenangan. Itu hanyalah tanggapan netizen,” katanya sambil menjelaskan bahawa dirinya telah lama ‘move on’ daripada cerita tersebut.

    Sarah, yang kini ingin fokus pada kehidupannya, berharap agar dirinya tidak lagi dikaitkan dengan apa-apa isu berkaitan Syamsul dan Ira.

    “Saya sudah tidak ada kena mengena lagi dalam cerita ini. Saya dah lama ‘move on’. Jadi, saya kalau boleh tidak mahu komen sangat tentang perkara yang melibatkan mereka yang sudah tiada mengena dengan saya lagi,” tambah pelakon drama Polis Peronda itu lagi.

    Puteri Sarah juga meluahkan rasa hairan kenapa dirinya sering dikaitkan setiap kali ada isu berkaitan bekas suaminya.

    “Saya tak faham kenapa saya selalu dicari setiap kali ada isu tentang mereka. Berbadan dua cari saya, bercerai cari saya. Kasihan saya,” ujarnya sambil ketawa kecil.

    “Saya hanya ingin ‘enjoy’ sahaja,” tambahnya dengan nada gurauan, menjelaskan keinginannya untuk terus maju dalam kehidupan tanpa perlu memikirkan soal yang tidak lagi relevan dengannya.

    Sementara itu, Syamsul Yusof dan Ira Kazar, atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, telah sah bercerai talak satu pada 5 September lalu selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga.

    ALSO READ:  Sering Beraksi Bersama Ketika ‘Live’, Adira Nafi Tinggal Sebumbung Dengan Bekas Suami Selepas Cerai

    Namun, Puteri Sarah menegaskan bahawa dia tidak mahu lagi terlibat dalam isu tersebut dan meminta agar semua pihak menghormati keputusannya untuk terus maju ke hadapan.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts