Selebriti versatil, Alif Satar kini menjadi antara artis contoh kerana keperibadiannya yang membawa aura positif kepada masyarakat.
Mainkan perasaan wanita
Menerusi hantaran terbaharunya di Instagram (IG), Alif atau nama penuhnya Muhammad Alif Mohd Satar dilihat sedang bermain bola.
Namun yang menarik perhatian warganet adalah kapsyen penyanyi berusia 33 tahun itu. Alif sempat menitipkan pesanan kepada kaum Adam supaya tidak mempermainkan hati wanita.
Kau nak main sukan apa pun, kau mainlah. Jangan main perasaan wanita je, tak baik.
Tengok cara aku main pun korang dah tau aku ‘terror’ main bola kan?
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan yang ditulis oleh pelantun lagu Lelaki Seperti Aku itu.
Padu ayat idola aku ni.
Benar. Bahaya main perasaan wanita ni, jadi dendam nanti.
Nasihat yang baik.
Sebelum ini, nama Alif antara yang pernah terpalit dengan isu curang dalam kalangan selebriti dan juga personaliti media sosial berikutan berkongsi nama yang sama.
Bagaimanapun, peminat Alif masih mengaguminya kerana aktor tersebut jarang dikaitkan dengan kontroversi.