Nama individu yang bertanggungjawab menulis surat layang berhubung kes pembunuhan Allayarham Zulfarhan iaitu Aufa Aiman terus menjadi sebutan orang ramai hingga hari ini.
Akaun palsu!
Semenjak nama Pegawai Tentera Darat Malaysia itu menjadi sorotan, tiba-tiba muncul sebuah akaun TikTok yang menggunakan nama ‘Aiman Aufa’.
Susulan itu, Aiman menerusi hantaran di Instagram Story memaklumkan akaun tersebut adalah palsu dan menegaskan dia tidak mempunyai sebarang akaun TikTok.
Untuk makluman, saya tiada akaun TikTok. Hanya Facebook dan Instagram. Sebarang kenyataan dan posting dari akaun TikTok ini (Aiman Aufa) adalah bukan dari saya.
Dalam pada itu, dia juga meminta orang ramai membantu melaporkan akaun tersebut kerana berasa khuatir jika berlaku salah faham.
Mohon kerjasama semua untuk report acc TikTok yang atas nama saya. Saya khuatir akan timbul isu atau salah penyebaran maklumat.
Kepada yang create fake account, mohon jangan menunggang isu semasa (Zulfarhan) atas kepentingan peribadi.
Terdahulu, netizen mula berkampung di Instagram milik Aufa Aiman apabila ramai mengetahui dia merupakan individu yang bertanggungjawab menulis dua surat layang berhubung kes pembunuhan Allahyarham Zulfarhan Osman, tujuh tahun lalu.
Dipercayai surat layan tersebut diutuskan kepada pihak atasan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)sebagai usaha untuk memberitahu arwah telah didera dan dibuli oleh rakan-rakannya.
Difahamkan juga individu terbabit merupakan sahabat kepada Zulfarhan yang sama-sama menuntut di institusi berkenaan.