Tindakan pelakon sensasi Ruhainies berkongsi nasihat mengenai tipu helah musuh di Instagram Story miliknya menuai pelbagai reaksi.
Racun?
Menerusi perkongsian itu, Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, berkata, musuh akan menggunakan pelbagai helah untuk ‘membunuh’ termasuk menggunakan racun.
Jangan sesekali berasa dahaga sehingga terpaksa minum air dari cawan yang dihidangkan atau diberikan kepada anda. Itu adalah cara anda akan terkena racun.
Pada perkongsian itu, Ruhainies turut memuat naik sekeping foto memperlihatkan dirinya mengenakan busana berona krim.
Aktres itu turut menggunakan lagu ‘Please Please Please’ nyanyian Sabrina Carpenter sebagai muzik latar.
Terdahulu, nama Ruhainies dipetik netizen berhubung berita seorang selebriti tempatan didakwa cuba memikat teman lelaki kepada aktres Thailand, Bow Maylada iaitu Alek Teeradetch yang juga seorang aktor.
Terkejut dengan dakwaan tersebut, Ruhainies mendakwa perkara tersebut sengaja dicetuskan pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan mahu menutup periuk nasinya.