Seperti yang kita tahu, pelakon yang sedang dilanda kontroversi iaitu Ruhainies ketika ini sedang berada di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah sekaligus menyambut perayaan Aidilfitri di sana.
‘Jangan pandang rendah’
Terbaharu, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas tampil mencuri perhatian menerusi satu hantaran yang dimuat naik menerusi Instagram Story (IG Story).
Menerusi hantaran tersebut, Ruhainies memuat naik gambar dirinya yang mengenakan jubah berona hitam sambil menulis kata-kata nasihat buat orang ramai agar tidak sesekali memandang rendah terhadap kesunyian seseorang.
Jangan pandang rendah pada mereka yang lama memendam dan mendiamkan diri.
Terdahulu, nama Ruhainies menjadi bualan hangat apabila dia dan pelakon Aliff Aziz telah ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.
Malah isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah baru-baru ini turut mendedahkan Aliff sudah lapan kali pergi ke rumah Ruhainies.
Tidak lama selepas itu, timbul pula spekulasi kononnya pelakon itu sudah berkahwin susulan namanya didaftarkan dengan panggilan Mrs atau Puan dalam sebuah urusan perniagaan di London.
Namanya juga digabungkan dengan seorang individu bagi penubuhan sebuah syarikat. Tidak ketinggalan, gambar sebuah rumah di London turut jadi persoalan sama ada berkaitan atau tidak.
Walau bagaimanapun, sehingga kini Ruhainies masih belum tampil memberikan sebarang penjelasan mengenai dakwaan tersebut.