Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Jangan Pernah Berubah, Cukuplah Kak Long Je Gagal Dalam Perkahwinan…”-Bella Astillah

    “Jangan Pernah Berubah, Cukuplah Kak Long Je Gagal Dalam Perkahwinan…”-Bella Astillah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ucapan yang dititipkan oleh pelakon dan penyanyi, Bella Astillah kepada bakal adik iparnya, Diniey Ng, kekasih kepada Didi Astillah telah mengundang rasa sebak netizen di media sosial.

    Menerusi video yang dimuatnaik oleh Diniey di TikTok, mengakui rasa bertuah terhadap ahli keluarga Didi yang lain yang berada dalam kehidupannya itu.

    “Saya rasa sangat bertuah mempunyai anda semua dalam hidup saya. Terima kasih semua.”-kapsyen Diniey

    “Cukuplah Kak Je Gagal Dalam Perkahwinan..”

    Bella, menerusi ucapannya itu menyatakan bahawa dia tidak mahu adiknya itu melalui situasi yang sama sepertinya yang gagal dalam perkahwinan bersama suaminya, Aliff Aziz.

    “Kak Long happy sebab Didi dapat lelaki yang sabar sebab Kak Long kenal macam mana Adik (Didi). Dia orang yang takde kesabaran, panas baran. Tapi Diniey boleh sabar.

    Cuma Kak Long harap jangan sebelum kahwin je lah, dan jangan pernah berubah sebab cukuplah Kak Long je gagal dalam perkahwinan.

    Kak Long tak nak adik Kak Long lalui benda yang sama. Kak Long tak pernah minta Diniey untuk untuk jadi orang terpaling kaya ke. Cukup setia dan sayang dan hormat keluarga Kak Long itu je dan Kak Long doakan Diniey berjaya dunia akhirat dan sentiasa dipanjangkan umur insyaAllah

    @ngdiniey

    I feel so lucky to have you guys in my life. Terima kasih semua ❤️🥺

    ♬ original sound – Diniey Ng – Diniey Ng

    “Kesian Bella, Sedih Je Sentiasa…”

    Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dengan ucapan Bella, malah ada yang berpendapat pelakon ini bimbang perkara yang sama berlaku kepada Didi.

    “Tetiba sebak masa dengar ucapan Bella buat bakal adik ipar dia.”

    “Birthday Diniey tapi kenapa aku yang nangis bila patrt kak long yang wish.”

    “It’s okay Bella, it’s not failure, it’s just a way for you to get what you deserve, you have such beautiful heart.”

    “Kesian Bella, sedih ja sentiasa, semoga ada kebahagiaan lepas ni.”

    “Bella trauma takut benda yang sama terjadi dekat adik dia. We feel you.”

    Sama-sama kita doakan yang terbaik sahaja…Apa komen anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts