Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Jangan Sampai Aku Keluarkan Kenyataan Yang Boleh Buat Lagi Kecoh’ – Isteri...

    ‘Jangan Sampai Aku Keluarkan Kenyataan Yang Boleh Buat Lagi Kecoh’ – Isteri Caprice Tak Ambil Tahu Cerita Toksik Aliff, Bella & Ruhainies

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Farah Inalis memberitahu dia tidak pernah bertanya mengenai apa-apa soalan berhubung Aliff Aziz, Bella Astillah, Ruhainies kepada suaminya, Caprice.

    Masih dalam pantang

    Menurut Farah di Instagram Story, dia tidak mahu mengambil tahu cerita toksik kesemua selebriti berkenaan. Tambah Farah, tiada sedikit pun ruang di dalam otaknya untuk menerima negativiti.

    Aku ni kan masih dalam pantang tau. Kalau boleh, sehabis daya aku nak jaga mood aku, nak fokus recovery dan bayi sahaja. Aku duduk satu rumah dengan laki aku, satu soalan pun aku tak tanya cerita Aliff, Bella, Ruhainies dan si kening tu.

    Di samping itu, Farah mendakwa sesiapa yang terlibat dalam cerita ‘panas’ ini merupakan seorang yang bodoh.

    Jangan sampai aku keluarkan kenyatan yang boleh buat lagi kecoh. Jadi jangan libatkan aku okay.

    Sekadar info, kemelut rumah tangga Bella dan Aliff bermula selepas Aliff ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah, Pavillion Suites pada 9 Mac lalu.

    Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.

    Walau bagaimanapun sebutan pertama kes cerai itu terpaksa ditangguh susulan ketidakhadiran Aliff yang terikat dengan penggambaran drama ‘Terjerat’.

    Aliff bagaimanapun enggan melafazkan cerai pada sebutan kes cerainya dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan mahkamah menetapkan 4 Jun ini sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

    Sehinggalah pada Selasa lalu, seorang wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine mengakui  ‘kekasih gelap’ kepada Aliff dan mendakwa mereka sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.

    Menurut Sarah, dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan seorang aktres pada Mac lalu.

    ALSO READ:  Miera Liyana Hitung Hari Bersalin Anak Kedua

    Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa aktres yang ditangkap khalwat bersama Aliff telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan Bella.

     

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts