Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJangan Sampai Terkeluar 5 Ayat “Keramat” Ini Kalau Tak Mahu Hubungan Kamu...

    Jangan Sampai Terkeluar 5 Ayat “Keramat” Ini Kalau Tak Mahu Hubungan Kamu Putus!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dalam sebuah perhubungan, penting untuk setiap pasangan mempunyai komunikasi yang baik untuk buatkan hubungan tersebut lebih bahagia dan sihat.

    Tetapi ada sesetengahnya tidak tahu yang beberapa ayat ini bila diucapkan boleh menjadi toksik dan rosakkan hubungan tersebut. Ayat-ayat biasanya menunjukkan seseorang itu tidak hormat, menghina dan mempersendakan hubungan tersebut.

    Apabila ucapkan ayat-ayat ini, ia perlahan-lahan boleh cetuskan pergaduhan antara pasangan hingga terputusnya hubungan tersebut. Jadi setiap pasangan yang bercinta, kalau nak kekalkan hubungan kamu sampai bila-bila jangan sesekali ucapkan ayat-ayat ‘keramat’ berikut…

    “Saya benci awak”

    Foto – Pinterest

    Jika terkeluar ayat ini, ia akan buatkan pasangan kamu rasa insecure dan rasakan kamu sebenarnya membencinya. Kesannya, hubungan kamu boleh rosak dengan lebih cepat.

    “Awak tak layak untuk saya”

    Jangan sesekali menjadi ego dan menunjukkan diri kamu lebih tinggi darjatnya berbanding si dia. Mengucapkan ayat seperti “Awak tidak layak untuk saya” atau “Awak bernasib baik saya masih mahu bersama awak” adalah ayat yang boleh merendahkan martabat dan harga diri seseorang.

    “Okay je, semuanya okay…”

    Pernah tak kamu ucap ayat ini walaupun sebenarnya kamu tak okay pun? Situasi ini akan buatkan hubungan kamu menjadi lebih sukar gara-gara sikap tertutup kamu untuk meluahkan sesuatu pada pasangan.

    Foto – Pinterest

    “Bosanlah dengan hubungan ini”

    Kalau kamu pernah mengatakan kamu bosan, mahu putus atau mahu meninggalkan pasangan, percayalah hubungan kamu sekarang ini berada dalam situasi yang sangat bertoksik.

    Foto – Pinterest

    Percayalah apabila kamu ucapkan ayat ini, pasangan kamu akan percaya bahawa kamu akan meninggalkannya dan mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan kamu.

    “Awak ni sangat menjengkelkan”

    Jangan sesekali buatkan pasangan kamu rasa seperti dia sedang mengganggu kamu apabila ucapkan ayat seperti “Awak ni sangat menjengkelkan”, “Awak ni clingy sangatlah” dan seangkatan dengannya.

    ALSO READ:  Govinda ‘Hadiahkan’ Peminat Malaysia Dokumentari Album Govinda Live Studio Session 2023, Dendang Lagu Engkau Laksana Bulan
    Foto – Pinterest

    Ayat ini membuatkan pasangan kamu nampak tidak berharga dan tidak penting dalam hidup kamu. Jika kamu memerlukan masa dan ruang untuk bersendirian, cuba terangkan padanya supaya si dia lebih faham.

    Semoga bermanfaat!



    Credit: Cinta – Murai MY

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts