Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJanna Nick Dalam Usaha Dapatkan Cahaya Mata Pertama – ‘Dah Buat Semua...

    Janna Nick Dalam Usaha Dapatkan Cahaya Mata Pertama – ‘Dah Buat Semua Ujian & Jumpa Doktor, Sekarang Tawakal’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Janna NickJanna Nick

    Pelakon dan pengacara Janna Nick memberitahu dia dalam usaha untuk mendapatkan zuriat pertama selepas setahun mendirikan rumah tangga dengan aktor Dini Schatzmann.

    Usaha timang anak

    Janna NickJanna Nick

    Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 34, berkata, doktor menasihatinya supaya menjaga keadaan kesihatan mental selain perlu mengelakkan stress serta mengurangkan melakukan kerja berat.

    Saya sebenarnya sekarang tengah fokus untuk cuba mendapatkan baby. Itu perancangan saya. Tekanan itu tidak, sebab saya tak sepatutnya berasa tertekan atas nasihat doktor.

    Sekarang ini, saya kena jaga kesihatan mental saya sebaik yang mungkin, saya kena kurangkan stres dan kurangkan kerja yang terlampau berat sampai tak ada masa untuk diri sendiri. Agak mencabarlah untuk saya nak dapatkan baby.

    Janna berkongsi mengenai perkara menerusi video temu bual bersama Astro Radio.

    Tambah Janna, dia sudah melakukan pemeriksaan kesihatan dan mengambil makanan tambahan sebagai usaha untuk mendapatkan cahaya mata.

    Usaha dia sangat mencabar, banyak juga suplement yang kita kena makan dalam usaha untuk mendapatkan anak. Tapi saya ambil perkara ini sebagai satu perjalanan la yang indah.

    Saya bukan sahaja minta nasihat daripada orang yang berpengalaman, tapi saya juga ada minta nasihat daripada doktor, embriologist.

    Saya dah diperingkat buat semua ujian, dah jumpa semua doktor. Maksudnya kita memang banyak usaha dan ikhtiar. Hanya tinggal tawakkal kepada Allah. Sudah tentu saya mengharapkan orang ramai.

    Sebab kita tak tahu dalam ramai-ramai ini siapa doa yang dimakbulkan dan diangkat oleh Allah. Teruskan berdoa, kalau ada rezeki, ada. Kalau tak ada, tak apa, kita cuba lagi.

    Imbas kembali, Janna mendirikan rumah tangga dengan Dini Schatzmann pada 10 Jun tahun lalu.

    ALSO READ:  Muat Naik Foto ‘Throwback’ Bersama Anak, Nourul Depp Tulis Kapsyen ‘Tipulah Kalau Tak Rindu’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts