Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJanna Nick Dedah Menangis Seorang Diri Dalam Tandas Bila Datang ‘Period’ –...

    Janna Nick Dedah Menangis Seorang Diri Dalam Tandas Bila Datang ‘Period’ – ‘Saya Pernah Breakdown Lebih Teruk Lagi’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon dan pengacara, Janna Nick memilih untuk menenangkan diri di luar negara buat seketika selepas diasak oleh netizen mengenai soal cahaya mata.

    Janna nak bawa diri

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Janna Nick (@jannanick)

    Menerusi di Instagram (IG), Janna memuat naik beberapa foto dirinya memakai baju berona hitam sewaktu berada di Lapagan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2).

    Bawa diri jap, teka lah pergi mana?

    Titip ucapan terima kasih

    Sementara itu, pengacara program Famili Duo 4 (FD4) turut menitipkan ucapan terima kasih buat warganet yang tidak putus memberikan kata-kata semangat.

    Ujar Janna, dia ketika ini berada dalam keadaan yang baik meskipun perlu berdepan dengan keadaan ‘mental health’ yang tidak menentu.

    Terima kasih semua atas doa dan kata-kata yang baik. Saya okay saja, menangis itu adalah perkara biasa bagi semua yang sedang menanti kelahiran (TTC).

    Itu juga adalah kitaran kesedihan yang perlu dihadapi saya setiap bulan dan sebenarnya saya pernah lalui ‘breakdown’ yang lebih teruk lagi sebelum ini.

    Nangis senyap-senyap dalam tandas selepas tahu datang ‘period’, nangis senyap-senyap sebab tak nak suami kita sedih juga.

    Ini semua lumrah bagi mereka yang berusaha untuk dapatkan anak.

    Di akhir hantaran, isteri kepada pelakon Dini Schatzmann memaklumkan dia reda dengan rezeki yang dikurniakan ketika ini dan sentiasa percaya serta bersangka baik dengan aturan Allah SWT.

    Reda, bukan tak reda tapi cuma nak berkongsi perjalanan saya sepanjang TTC.

    Tetap percaya dan bersangka baik dengan Allah.

    Semoga ada antara doa kalian yang diangkat oleh Allah SWT.

    Terdahulu, Janna meluahkan rasa terkilan dengan tuduhan negatif yang ditinggalkan seorang individu terhadap suaminya, Dini Schatzmann.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Malas Dah Bercinta, Kita Nak Kahwin Dengan Awak Ja’ – Adira Bagi ‘Hint’ Rujuk Dengan Datuk Red?

    Individu tersebut menuduh Dini mempunyai lebih hormon wanita yang menjadi punca mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

    Jelas Janna, dia dan suami sudah mencuba pelbagai cara namun belum dikurniakan rezeki.

    Sekadar info, Janna dan Dini mendirikan rumah tangga pada 10 Jun 2023.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts