Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJanna Nick Teruja Bakal Sepentas Bersama Sarimah – ‘TikTok Awards Sangat Berbeza...

    Janna Nick Teruja Bakal Sepentas Bersama Sarimah – ‘TikTok Awards Sangat Berbeza Dengan Anugerah Yang Lain’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon dan pengacara, Janna Nick meluahkan rasa teruja apabila bakal digandingkan bersama Che Puan Sarimah di TikTok Awards yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

    Gembira & teruja

    Ketika dihubungi , Janna atau nama lengkapnya Nurul Jannah Muner memaklumkan bahawa dia telah dilamar untuk menjadi hos dua bulan sebelum anugerah tersebut bakal berlangsung.

    Mengakui tanggungjawabnya kali ini sedikit berbeza, Janna berkata dia sudah membuat persiapan yang rapi untuk mengendalikan acara berkenaan.

    Saya teruja dan gembira apabila diberi kepercayaan untuk mengendalikan acara yang berskala besar ini.

    TikTok Awards sangat berbeza dengan anugerah dan program hiburan yang lain, jadi persiapannya pun berbeza.

    Dalam pada itu, aktres berusia 29 tahun tersebut juga berasa berdebar untuk mengacarakan TikTok Awards bersama Che Puan Sarimah namun mengharapkan yang terbaik pada malam anugerah tersebut.

    Sudah semestinya saya rasa gementar sebab dia adalah seorang pengacara lagenda. Tapi saya tidak sabar untuk mempelajari ilmu pengacaraan daripada dia.

    Saya harap kami berdua dapat memberikan kerjasama yang baik untuk menghiburkan penonton yang hadir dan di rumah.

    Pelantun lagu Mungkin Saja tersebut turut berpendapat bahawa TikTok Awards adalah platform terbaik untuk menghargai pencipta kandungan yang telah bersusah payah dalam menghasilkan konten mereka.

    Anugerah ini sangat bagus sebab menjadi pencipta kandungan tidaklah mudah. Dalam masa yang sama, TikTok Awards mengutamakan penilaian dari segi kualiti konten dan yang memberi inspirasi kepada penonton.

    Ianya secara tidak langsung akan memberi semangat kepada ramai pengguna TikTok untuk mula mencipta video yang menghiburkan tetapi memberi manfaat.

    Untuk info, TikTok Awards tahun ini mengangkat tema ‘Realisasikan Impianmu (Celebrating New Dreams)’. Anda boleh mengundi Di SINI bermula 25 Julai sehingga 9 Ogos 2024.

    ALSO READ:  Shuk Sahar & Fara Salleh ‘Healing’ Di Makkah, Netizen Puji Usaha Selamatkan Rumah Tangga – ‘Belajar Dari Kesilapan’

    Saksikan siaran langsung TikTok Awards, eksklusif hanya di TV3 dan akaun rasmi TikTok Malaysia pada jam 9.00 malam, Ahad, 11 Ogos 2024 atau anda boleh menonton acara ini secara langsung melalui Tonton.

    TikTok Awards Malaysia 2024 dianjurkan dengan kerjasama TV3, dikuasakan oleh Siri HONOR 200 5G (Penaja utama), didominasikan oleh The Raw Skincare. (Penaja bersama), diraikan oleh TikTok Shop (Rakan penaja), dihubungkan oleh U Mobile 5G (Rakan penaja) dan disinarkan oleh TRESemmé (Rakan penaja).

    Tiket untuk TikTok Awards Malaysia 2024 boleh dibeli DI SINI.

    The following two tabs change content below.



    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts