Penyanyi dan penulis lagu Amerika, Jason Derulo yang terkenal dengan lagu-lagu hits seperti “Swalla”, baru-baru ini telah mengejutkan peminat semasa lawatannya ke India.
Jason yang berada di India untuk mempromosikan kolaborasi lagu terbarunya dengan Nora Fatehi, berjudul “Snake”, telah mengambil peluang untuk menghayati muzik dan tarian Bollywood.
Duo ini turut membuat penampilan istimewa dalam rancangan realiti tarian popular, di mana Jason mengejutkan penonton dengan tarian lagu ikonik Shah Rukh Khan iaitu “Chammak Challo”.
Lagu yang dinyanyikan oleh Akon dan Hamsika Iyer itu mendapat sambutan hebat. Pergerakan Jason telah membuatkan ramai yang bersorak sambil dia dengan mudahnya mengikut rentak yang bertenaga.
Rancangan realiti itu juga memaparkan detik yang menyeronokkan apabila Jason dan Nora Fatehi mengajak Malaika Arora untuk menari mengikut rentak lagu baharu mereka.
View this post on Instagram
Untuk rekod, video muzik “Snake” yang dipromosikan oleh Jason Derulo itu diarahkan oleh pembuat filem Maghribi Abderrafia El Abdioui, dengan koreografi diketuai oleh India Rajit Dev.