Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pihaknya sedang dalam proses melengkapkan kertas siasatan berhubung kontroversi dua orang pelakon ditangkap berkhalwat di sebuah kondominium mewah, baru-baru ini .
Tidak berkompromi
Menerusi laporan BHOnline, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tidak berkompromi dalam soal tangkapan khalwat membabitkan Aliff Aziz dan Ruhainies.
Ujar Na’im, kenyataan yang dikeluarkan olehnya ini adalah susulan timbul dakwaan di mana pihak JAWI seolah-olah melambatkan proses pendakwaan itu.
Proses siasatan dilaksanakan sebagaimana kelaziman berpandukan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan di Bahagian Penguatkuasaan JAWI.
Setakat ini, JAWI dalam proses melengkapkan kertas siasatan dan akan dipanjangkan ke Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (Japens) untuk tindakan lanjut.
Tambah Na’im, wujud kebimbangan dalam kalangan masyarakat jika kes itu terlepas disebabkan pasangan itu adalah ‘public figure’.