Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJawi Tidak Mengendahkan Promosi Selebriti, Benar-benar Terdapat Laporan Dari Pihak Luar

    Jawi Tidak Mengendahkan Promosi Selebriti, Benar-benar Terdapat Laporan Dari Pihak Luar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Baru-baru ini, hangat diperkatakan isu selebriti ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur pada awal pagi Sabtu.

    Artikel berkaitan: Ruhainies & Aliff Aziz Sekadar Kawan, Hanya 30 Minit Bukan 3 Jam

    Artikel berkaitan: Jawi Sahkan 2 Selebriti Ditahan Kes Berkhalwat

    Bukan gimik

    Memetik laporan Harian Metro, serbuan dan tangkapan khalwat yang dilakukan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bukan gimik atau mempromosikan mana-mana pihak selebriti.

    Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menegaskan perbuatan maksiat dan berkhalwat merupakan kesalahan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

    Tambahnya, pihak Jawi melakukan tindakan secara bebas dan adil berdasarkan aduan diterima selepas melakukan siasatan dan mendapati ia berlaku seperti dilaporkan serta akan melakukan tangkapan.

    Kalau ada sebarang laporan yang dikemukakan oleh pihak pengadu (atau) pihak ketiga, jadi bahagian ini tidak ada kontak dengan selebriti atau mana-mana pihak (minta) pergi tangkap aku (artis terbabit).

    Aduan itu dibuat oleh pihak ketiga yang tidak ada kena mengena (dengan pihak Jawi).

    Jadi berdasarkan aduan berkenaan pihak bahagian penguatkuasaan Jawi akan memulakan siasatan dan sekiranya mendapati ada kelakuan itu (maksiat) maka (pihak Jawi) akan buat tangkapan.

    Jadi saya mahu tekankan di sini tidak ada sebab Jawi akan kompromi perkara ini dan mahu melakukan sesuatu tangkapan bagi satu-satu kesalahan semata-mata mahu mempromosikan selebriti atau apa (saja).

    Tidak, itu tidak langsung (berlaku) termasuk dalam usaha yang dibuat oleh pihak Jawi.

    Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) Datuk Mohd Ajib Ismail turut menekankan tindakan yang dilakukan itu adalah bukan satu gimik.

    ALSO READ:  [VIDEO] Wak Doyok Tayang Fesyen ‘Old Money’, Netizen Tanya Tak Nak Beli TRX Ke? – ‘Mengarut Sangat Tu’

    Terdahulu, ada segelintir pendapat netizen di media sosial seolah-olah mempersoalkan jika ia adalah gimik untuk pelakon berkenaan kerana kedua-dua individu itu dilaporkan sedang menjalani penggambaran bersama.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts