Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJay Iswazir ‘Koyak’ Baca Komen Negatif Netizen, Bimbang Keluarga ‘Diserang’ – ‘Tak...

    Jay Iswazir ‘Koyak’ Baca Komen Negatif Netizen, Bimbang Keluarga ‘Diserang’ – ‘Tak Sanggup Nak Teruskan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Jay Iswazir akui terkesan dengan komen-komen negatif netizen yang dilemparkan kepadanya di media sosial.

    Artikel berkaitan: ‘Saya Belum Kahwin Lagi & Jay Okay Dengan Adegan Cium’ – Elizabeth Tan

    Artikel berkaitan: ‘Saya Tak Pernah Dapat Sokongan Kerana Wajah Saya’ – Jay Iswazir

    Dikecam babak dicium

    Memetik laporan Harian Metro, Jay atau nama sebenarnya Ahmad Iswazir Ismail berkata, dia teruk dikecam selepas terpalit dengan kontroversi babak dicium pelakon Elizabeth Tan dalam filem Abang Long Fadil 3.

    Saya jarang ada kontroversi. Cuma, dua tahun lepas terkait isu cium pipi dengan Lizzy (Elizabeth). Ketika itu, saya pernahlah juga cuba baca komen yang ditulis netizen, tapi tak sanggup nak teruskannya.

    Kalau sebelum itu, saya lihat pengalaman artis lain yang terpalit kontroversi dan dikecam netizen hingga ada yang ‘koyak’. Jadi, terfikirlah juga kalau kena pada saya macam mana?

    Meskipun ‘koyak’ dengan kecaman yang diterima, Jay memilih untuk tidak melayan perkara itu demi menjaga kesihatan mentalnya.

    Ketika itu, barulah saya rasa bagaimana perasaan artis dilanda kontroversi dan dikecam. Jadi, saya tak teruskan baca sebab fikir menjaga kesihatan mental lebih utama.

    Dalam pada itu, dia juga terpaksa menjelaskan kepada keluarga perkara yang berlaku kerana bimbang mereka akan turut diserang netizen.

    Namun, saya pastikan sudah beri penjelasan sebenar apa yang berlaku kepada emak, keluarga dan isteri. Ini kerana, saya mahukan ketenangan dalam diri dan tak mahu pihak lain terluka.

    Sebabnya macam saya kata, kita mungkin kuat untuk menangkis serangan netizen, tetapi bagaimana pula dengan perasaan orang sekeliling kita seperti isteri, ibu bapa dan adik-beradik?

    Zaman sekarang ini pula, bila tidak boleh serang kita, mereka (netizen) akan serang orang paling dekat dengan kita. Itu yang buat kita lagi ‘koyak’.

    Terdahulu, Jay mencuri perhatian netizen apabila melakukan babak dicium Elizabeth Tan di dalam filem arahan Syafiq Yusof itu dan sudah tampil memohon maaf.

    ALSO READ:  [VIDEO] Kak KM Tak Sokong Para Suami Bagi Alasan ‘No Money’ Nak Elak Bagi Isteri Duit Raya – ‘Bukan Amaun Banyak Sampai Jadi Miskin’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts