Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJaya Bachchan Dedah Mengenai Hubungannya Dengan Amitabh Bachchan-“Saya Tidak Sembunyikan Apa-Apa &...

    Jaya Bachchan Dedah Mengenai Hubungannya Dengan Amitabh Bachchan-“Saya Tidak Sembunyikan Apa-Apa & Dia Adalah…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Cucu kepada Amitabh Bachchan iaitu Navya Naveli Nanda yang mempunyai rancangan podcast yang bertajuk “What The Hell Navya” telah habis untuk musim kedua. Navya bersama ibunya Shweta Bachchan dan neneknya Jaya Bachchan telah membincangkan tentang semua perkara termasuklah mengenai hubungan, cinta dan kawan-kawan.

    Untuk episode terakhir, Ketiga-tiga anak beranak itu mengulaskan mengenai hubungan kawan yang akhirnya menjadi hubungan suami isteri.

    “Kalau dua orang hanya berkawan, adakah patut untuk merasakan hubungan romantik sesama mereka?”-tanya Navya

    “Kawan baik saya berada di dalam rumah saya sekarang. Ya benar, suami saya Amitabh Bchchan adalah kawan baik saya dan saya tidak sembunyikan apa-apa perkara langsung darinya”-kata Jaya Bachchan

    “Anak Bukanlah Kawan Baik, Perlu Ada Batas Untuk Rasa Dihormati”-Shweta Bachchan

    Dalam masa sama juga, Shweta Bachchan memberitahu bahawa ramai yang mengatakan kepadanya bahawa anak perempuan dan anak lelakinya adalah kawan baiknya, namun saya tidak gemar akan hal tersebut.

    “Kenapa anak-anak tidak boleh menjadi kawan baik kamu Shweta?-tanya Jaya Bachchan

    “kita bukan kawan, kamu adalah ibu saya, ada batas yang perlu dijaga oleh kita. Anak saya adalah anak, kawan saya adalah kawan”-jawab Shweta Bachchan

    Navya memberitahu kepada Shweta bahawa kini ibu dan neneknya telah menjadi ibu bapa, dan tidak salah untuk mereka menjadi kawan dalam sama-sama berkongsikan cara untuk lebih bahagia bersama keluarga.

    View this post on Instagram

    A post shared by What The Hell Navya (@wthn_official)

    Apa kata anda?



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts