Tak dinafikan, ramai yang tahu bahawa Karan Johar dan keluarga Bachchan sememangnya mempunyai hubungan yang sangat rapat.
Walaupun hubungan mereka rapat, Karan memberitahu dia pernah dijerit oleh Jaya Bachchan ketika sedang mengacara sebuah program.
Dalam sebuah temu bual beberapa tahun lalu, Karan diminta berkongsi apakah kritikan terburuk yang pernah dia terima sepanjang mengacara. Untuk jawapan tersebut, Karan berkata dia tidak menyangka akan dimarahi oleh Jaya Bachchan.
Ketika itu, dia mengacara dan Jaya menjerit mengatakan dia bercakap terlalu kuat walaupun dia mempunyai mikrofon di tangan. Karan seterusnya mengimbas semula bagaimana situasi Jaya memarahni dan meminta untuk berhenti menjerit.
“Jaya Aunty (panggilan Jaya) menjerit kepada saya apabila saya bercakap kuat walaupun mempunyai mikrofon. Saya memberitahunya saya cuba menjadi bertenaga, dia berkata saya tak perlu berbuat demikian jika mempunyai mikrofon.”
Sekadar info, selain Karan, Jaya juga pernah menjerit dan memarahi wartawan apabila dia diminta untuk bergambar dengan mengatakan, “Saya tidak pekak!”