Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJazmine Lancar Lagu ‘In The Zone’, Influenstar Asia Dot Com Buka Peluang...

    Jazmine Lancar Lagu ‘In The Zone’, Influenstar Asia Dot Com Buka Peluang Pekerjaan Kepada ‘Influencer’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    INFLUEN STAR ASIA 3INFLUEN STAR ASIA 3

    Influenstar Asia memperkenalkan Jazmine sebagai pempengaruh maya pertama di Malaysia hasil kerjasama Warnakala Studios, pemilik harta intelek (IP) Didi & Friends dan Makania.

    Latihan diberikan

    INFLUENSTAR ASIAINFLUENSTAR ASIA

    Jazmine adalah pempengaruh era digital yang bukan sahaja berfungsi sebagai pempengaruh maya tetapi juga sebagai penentu arah aliran industri selaras dengan motto Influenstar Asia Dot Com iaitu Let’s Influence the Future.

    Jazmine turut melancarkan single pertama dan video muziknya yang berjudul In The Zone digubah oleh JD Wong dari kumpulan Pop Shuvit.

    Sementara itu, Influenstar Asia Dot Com turut menawarkan latihan kepada golongan muda yang berminat untuk menjadi pempengaruh dengan modul latihan yang direka khas mengikut aliran terkini dan dilatih sendiri oleh pempengaruh berpengalaman.

    Platform ini akan menyediakan sokongan kecemerlangan pengurusan termasuk penyediaan kontrak untuk melindungi hak dan kepentingan pempengaruh, pembangunan kempen pemasaran dan kandungan kreatif.

    Ini bertujuan bagi membantu pempengaruh meningkatkan kemahiran mereka menjadi pempengaruh yang lebih bertanggungjawab dan memastikan kandungan yang dihasilkan adalah benar serta beretika agar dapat membina kepercayaan dengan pengikut dan pelanggan.

    Dengan sokongan teknologi kecerdasan buatan (AI), Jazmine direka untuk mentakrifkan semula cara jenama dan khalayak berinteraksi seperti membuat ulasan produk, perkhidmatan dan acara dalam atmosfera digital.

    Sebagai salah satu pempengaruh di bawah Influenstar Asia Dot Com, Jazmine akan memimpin kempen inovatif dengan mencipta kandungan yang relevan untuk generasi digital.

    Penggunaan AI

    INFLUENSTAR ASIA 2INFLUENSTAR ASIA 2

    Dalam pada itu, pelancaran disempurnakan oleh YBhg. Puan Nurul Izzah Anwar, Pengerusi Social and Economic Research Initiative (SERI).

    Disaksikan oleh Tuan Muhammad Kamil Abdul Munim, Setiausaha Politik Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, Puan Sivamalar Genapathy, Tugas-Tugas Khas 1, Yang Berhormat Menteri Wilayah Perseketuan, Puan Farahida Dato’ Sri Fauzi, Pengerusi JEMZ GROUP, Encik Jemizan Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif JEMZ GROUP dan pengasas Influenstar Asia Dot Com serta Puan Nadia Janu selaku Ketua Pegawai Eksekutif Influenstar Asia Dot Com dan Encik Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian, Ketua Pegawai Eksekutif dan Warnakala Studios.

    ALSO READ:  Ernie Zakri Bagi ‘Hint’ Bakal Rakam Lagu Dengan Penyanyi Indonesia? Idam Berduet Dengan Raisa

    Kata Nurul Izzah, 43, dia tidak menolak kemungkinan wujud persaingan melalui kewujudan pempengaruh janaan AI, Jazmine.

    Pada saya, itulah realiti dan cabaran. Sebelum ini kita bukan saja berdepan perubahan apabila personaliti media sosial menggantikan pengacara tradisional TV3 atau RTM (Radio Televisyen Malaysia).

    Justeru, dengan adanya Jazmine, mungkin terjadi persaingan. Bagaimanapun, masih ada ruang untuk pempengaruh manusia. Saya sendiri lebih teruja melihat individu yang sebenar.

    Selain itu, majlis pelancaran turut dihadiri hampir 130 tetamu antaranya pempengaruh dari pelbagai segmen di bawah pengurusan Influenstar Asia Dot Com seperti Nazrief Nazi, CEO Batu, Elle Fara, Kak Dya, Baggio Damasutra, Papayen, Nine, Eizat Halim, Taleeb Mizad, Zona dan Selamat.

    Rakan niaga seperti cari.my, BeOne, Szindore, De’ Haramain, Oh My Media, White Salju, balaiprint.com dan NR Cosmetics.

    INFLUEN STAR ASIA 3INFLUEN STAR ASIA 3

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts