Ameera Khan, pempengaruh yang juga model terkenal, sekali lagi menjadi tumpuan ramai selepas tularnya video yang memaparkan pelakon Indonesia, Jefri Nichol, mencium ubun rambut dan memegang paha Ameera seolah-olah mereka adalah pasangan yang sudah berkahwin.
Tapi, apakah mereka memang berpacaran atau ada cerita lain yang sedang bermain di antara mereka? Teka-teki ini pasti buat ramai tertanya-tanya.
Sebelum ini, video yang menunjukkan mereka berpegangan tangan juga tular. Jefri pegang tangan Ameera erat, kedua-duanya tersenyum manis selepas disapa pemilik video tersebut. Ewah, macam pasangan baru bercinta yang tak malu-malu tunjukkan kemesraan!
Ternyata, video itu dirakam ketika Ameera berada di Jakarta baru-baru ini. Ameera turut mengulang siar video tersebut sambil mengakui gembira berada di sana. “Gembira di sini,” katanya dalam InstaStory dengan nada yang cukup ringkas tapi menggambarkan dia memang enjoy!
Namun, ini bukan kali pertama mereka menjadi bahan bualan. Sebelum ini, hubungan mereka pernah dikatakan lebih dari sekadar kawan. Ameera dan Jefri dikhabarkan pernah menyulam cinta, tetapi hubungan mereka dikatakan terputus sekitar Oktober 2021, apabila Ameera dilihat tidak lagi mengikuti Jefri di Instagram.
Tapi, dalam dunia selebriti ini, siapa yang boleh kata apa sebenarnya yang berlaku antara mereka? Mungkin ia sekadar satu persahabatan yang mesra, atau mungkin ada cerita lebih mendalam yang tak diketahui umum.