Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJenama Kambing Perap Serahkan Infak Fattah Amin Kepada Pihak Masjid – ‘Mereka...

    Jenama Kambing Perap Serahkan Infak Fattah Amin Kepada Pihak Masjid – ‘Mereka Akan Edarkan Kepada Asnaf & Ibu Tunggal’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sebelum ini, pelakon Fattah Amin mencuri perhatian apabila membuat keputusan untuk menolak komisen hasil jualan kambing perap iaitu Pak Mat Western yang dilakukannya.

    Jalankan amanah

    Terbaharu, jenama kambing perap terkenal itu mendedahkan pihak mereka banyak menerima panggilan telefon daripada orang ramai yang memohon agar dihulurkan bantuan.

    Walau bagaimanapun mereka memaklumkan bahawa infak yang mahu dilakukan Fattah akan diberikan kepada beberapa masjid yang terpilih.

    Senarai masjid untuk infak Fattah Amin telah dikeluarkan.

    Sejak dari semalam (Selasa), berderu panggilan telefon masuk dan ‘direct message’ (DM) dari orang ramai yang minta pertolongan.

    Kami berbincang untuk mengambil langkah dengan memberikan (infak) kepada masjid dan pihak masjid akan edarkan kepada golongan asnaf dan ibu tunggal mengikut kariah.

    Tambah pihak Pak Mat Western lagi, mereka juga tidak mengambil waima satu sen daripada hasil wang komisen Fattah itu.

    Duit komisen tak masuk satu sen dalam poket Pak Mat ya. Yang komen, memang nak kena cili mulut.

    ‘Ini adalah jalan terbaik’

    Menerusi satu lagi hantaran yang dibuat, pihak Pak Mat Western sedar akan keprihatinan segelintir pihak yang risau sekiranya infak yang dilakukan tidak sampai ke tangan pihak yang sepatutnya.

    Jelas mereka, ini adalah keputusan terbaik yang dibuat selepas mendapat persetujuan daripada Fattah.

    Pak Mat faham ramai risau, ramai pertikai, ‘Kenapa tak beri kat situ, kenapa tak beri kat sini..’.

    Ada juga yang takut infak tidak sampai ke tangan sepatutnya.

    Setelah berbincang bersama Fattah, ini adalah salah satu jalan terbaik dan tulus yang boleh kami buat.

    Insya-Allah, kami letak keyakinan dan amanah sepenuhnya pada pihak masjid untuk agihkan kepada golongan asnaf.

    Terdahulu, Fattah yang berjaya menjual hampir 10,000 set kambing perap membuat keputusan untuk menyalurkan komisen sekitar lebih RM90,000 yang diterimanya kepada golongan yang memerlukan.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Lebih Baik Kita Tak Bercakap Apa-Apa’ – Aliff Aziz Sedih Ibu Dihambur Cacian, Perjelas Kongsi ‘Quote’ Islamik Untuk Peringatan Diri

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts