Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJenama Makanan Kesihatan Tambahan ‘Buru’ Pemfitnah Sebar Fitnah, Dakwa Buah Pinggang Mengecut

    Jenama Makanan Kesihatan Tambahan ‘Buru’ Pemfitnah Sebar Fitnah, Dakwa Buah Pinggang Mengecut

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    suplemen difitnahsuplemen difitnah

    Nama satu jenama makanan kesihatan tambahan atau suplemen tular baru-baru ini di media sosial selepas produk itu didakwa menjejaskan kesihatan pengguna sehingga buah pinggang mengecut.

    Nama & reputasi tercalar

    Mohd Zulkifli HussainMohd Zulkifli Hussain

    Enggan terus menjatuhkan hukum, mendapat penjelasan lanjut daripada pihak yang terlibat iaitu Pengurus Besar K-Colly.

    Menurut Mohd Zulkifli Hussain, tuduhan itu fitnah semata dan pihaknya sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap dua individu bagi membersihkan jenama yang sudah berada di pasaran sejak 13 tahun lalu.

    Kata Zulkifli, reputasi syarikat sudah terjejas gara-gara sebuah video yang telah viral di TikTok sehingga mencapai 2 juta jumlah tontonan pada Mei lalu selain komen fitnah tentang produk tersebut di Facebook.

    Disebabkan isu yang tidak tepat ia menjejaskan kepercayaan pengguna produk. Reputasi syarikat dan jualan produk turut terjejas.

    Jadi, pihak kami memandang serius akan perkara ini.

    Zulkifli berkata demikian ketika sidang media yang berlangsung di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur, pada Jumaat.

    Hantar LOD

    Azreen Azmi, peguam dari Tetuan Adnan Sharida & AssociatesAzreen Azmi, peguam dari Tetuan Adnan Sharida & Associates

    Sementara itu, peguam yang mewakili jenama suplemen, Azreen Azmi dari Tetuan Adnan Sharida & Associates berkata pihaknya sedang kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menjalani siasatan secara terperinci terhadap dua individu tersebut.

    Pihak jenama makanan kesihatan tambahan telah pun membuat dua laporan polis di Balai Polis Pokok Sena, Kota Setar, Kedah dan perkara ini masih dalam siasatan pihak polis. Namun, mereka mahukan permohonan maaf daripada dua individu terbabit dan tuntutan ganti rugi.

    Pihak kami dalam proses untuk mengeluarkan surat tuntutan (Letter Of Demand) selepas raya Aidiladha ini dan jika tiada kerjasama daripada pihak mereka kami akan memfailkan saman dan seterusnya membawa perkara ini ke mahkamah.

    Azreen turut memberi amaran kepada netizen agar berfikir panjang sebelum membuat sebarang tuduhan dan komen di platform media sosial. Andai tuduhan yang dibuat adalah fitnah sehingga menjejaskan reputasi jenama atau individu, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang.

    ALSO READ:  Kak KM Nasihat Fattah & Fazura Jangan Pentingkan Perasaan Sendiri, Fikir Tentang Anak – ‘Kalau Salah, Minta Maaf’

    Selamat dimakan

    Saintis Synamatix Sdn. Bhd., Dr Mohd Redza Abd RahmanSaintis Synamatix Sdn. Bhd., Dr Mohd Redza Abd Rahman

    Dalam pada itu, Saintis Synamatix Sdn. Bhd., Dr Mohd Redza Abd Rahman menegaskan produk terbabit telah menjalani pemeriksaan di makmal bertauliah dan telah melepasi ujian Sijil Analisis (COA) yang mengesahkan tiada pencemaran logam berat dan microbial (kuman).

    Produk tersebut mengandungi bahan semula jadi yang telah dijalankan kajian dan tidak memberi impak kepada kesihatan jika mengikut dos yang telah disarankan. Oleh itu, ia selamat untuk dimakan.

    Dalam video yang viral individu itu menuduh produk Colly Sweet 17 walhal dalam produk ini tiada gula tambahan dan bahan-bahan di dalamnya disahkan secara klinikal. Bahkan, produk yang dituduh tidak mengandungi kologen.

     Sebab itu saya keliru apabila individu itu mendakwa dia mempunyai masalah buah pinggang dalam tempoh yang terlalu singkat melainkan dia ambil produk yang mengandungi racun, tetapi produk terbabit tiada racun.

    Dalam masa yang sama K-Colly juga turut memperkenalkan duta baru, pempengaruh popular, Dahlia Rizal dan pada majlis yang sama turut disumbangkan RM100,000 kepada Yayasan Nur Jiwa untuk membantu rakyat di Palestin.

    Bukan itu sahaja, sempena sambutan Aidiladha, pihak jenama makanan kesihatan tambahan popular itu turut mengagihkan sebanyak 5,000 kilogram beras di persekitaran masjid Al-Bukhary, Bukit Bintang Kuala Lumpur.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts