Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJenama Pakaian Fesyen Luar Antarabangsa, CAMEL ACTIVE Kini Dibuka Di Lalaport Bukit...

    Jenama Pakaian Fesyen Luar Antarabangsa, CAMEL ACTIVE Kini Dibuka Di Lalaport Bukit Bintang City Centre!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pada 29 Februari 2024 yang lalu, pemilik jenama pakaian kasual gaya hidup dan lasak bertaraf antarabangsa camel active, teruja mengumumkan pembukaan kedai perdana pertama miliknya di Lalaport BBCC. Kedai yang berorientasikan konsep terkini dan moden itu dibuka seiring dengan kemunculan koleksi baru C by camel active yang menyasarkan golongan muda bandar, lelaki dan wanita. Perkembangan mengujakan ini menjadi penanda aras kepada camel active dalam menampilkan produk tersendiri yang lasak, tahan lama dan serba boleh dengan kualiti premium kepada pelanggan setianya di seluruh Malaysia. 

    Kedai perdana camel active yang menawarkan koleksi bary C by camel active itu terletak di lokasi strategik di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur iaitu di LaLaport BBCC. 

    Lokasi strategik itu menjanjikan destinasi wajib singgah dalam kalangan warga bandar yang menghargai jenama yang dikenali kerana rekaan khusus untuk pengembaraan harian.

    View this post on Instagram

    Muncul sebagai yang pertama di Asia Tenggara, kedai tersebut memiliki ruang niaga yang luas iaitu 2,400 kaki persegi. Kedai ini menawarkan koleksi baru C by camel active, sekali gus melonjakkan perasaan kontemporari yang ada hubung kait dengan alam semula jadi. Segalanya disusun dengan teliti bagi mempamerkan koleksi pakaian, kasut, beg dan aksesori terkini daripada camel active

    Pengarah Urusan CLT Asia Sdn. Bhd., Encik Jason Tan yang mewakili jenama camel active di Asia Tenggara berkata: “Kami berasa gembira mengumumkan pembukaan kedai camel active di LaLaport BBCC Kuala Lumpur. Ia adalah sebuah pusat beli-belah yang sentiasa bersemangat menampilkan gaya hidup dinamik, selain kerap mengadakan aktiviti dalam dan luar yang diselaraskan dengan sempurna bersama semangat camel active.” 

    ALSO READ:  Fattah Amin Dapat Layanan Istimewa Oleh Fazura, Ini Komen Fadzil Zahari Mengenainya

    Beliau menambah: “camel active memiliki kekayaan warisan yang diadun bersama urbanisasi dan aktiviti luar. Selain itu, kedai baharu ini merupakan wasiat kami terhadap komitmen dalam menawarkan pengalaman membeli-belah yang unik kepada pelanggan menerusi pelbagai rangkaian produk yang mempamerkan keunikan jenama ini”. 

    Dalam pada itu, pelanggan boleh menikmati pengalaman mengasyikkan yang menampilkan persediaan glamping, eksklusif di bengkel kedai dan peluang meneroka koleksi camel active dan C by camel active dari dekat. 

    Kedai ini turut mempamerkan komitmen jenama untuk melestarikan kehidupan bersama kualiti kerja tangan, hasil dedikasi camel active dan koleksi C by camel active dalam melahirkan produk tahan ujian sepanjang masa. 

    Matlamat koleksi C by camel active adalah untuk menggalakkan kehid

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts