Baru-baru ini, jenama Wardrobe telah melancarkan 12 koleksi suit untuk perkahwinan bagi pengantin lelaki yang ingin nampak segak di hari persandingannya nanti. Peragaan suit koleksi tersebut telah dilaksanakan di butik Wardobe sendiri yang terletak di Jalan Maarof, Bangsar.
Wardrobe mempunyai beratus-ratus pilihan warna dan kain, namun yang dipamerkan sebanyak 12 koleksi itu adalah pilihan yang terbaik dari segi penggunaan kain, design, corak serta potongan suit. Matlamat adalah ingin memberikan pengalaman yang berbeza buat bakal pengantin lelaki untuk menempah suit tersebut dari segi keselsaan, mengikur kesesuaian warna kulit dan mengikut ukuran badan kerana sesetengah lelaki amat sukar untuk mencari suit ready to wear yang mengikut bentuk tubuh mereka.
Setiap suit yang dipakai haruslah mengikut sesuatu tema yang disediakan, seperti suit beach theme wedding, garden, ballroom, dan cocktail serta tidak lupa juga untuk Tuxedo. dan lain-lain.
Wardrobe mempunyai outlet di IOI Putrajaya, serta mereka juga akan membuka cawangannya di TRX pada hujung November 2023 nanti. Kesemua koleksi yang telah diperagakan akan dibawa untuk event KLCC Weddings Fair dan beberapa tempat yang lain.
Tampahan Dari Aktor Popular!
Selain itu, jenama Wardrobe juga telah berpeluang untuk bekerjasama dengan pelakon Malaysian-British iaitu Henry Golding dalam filem ‘Crazy Richh Asian’ apabila menempah beberapa suit untuk dipakainya.
Tambahnya lagi, jenama Wardrobe juga berpeluang membuat suit untuk Selebriti Hollywood iaitu Idris Alba untuk menghadiri event di Malaysia dahulu. Pastinya sedikit sebanyak dengan kehadiran selebriti ternama ini dapat menjadikan Wardrobe pengalaman yang tidak ternilai dan akan diingati.
Tempahan suit di Butik Wardrobe juga boleh dibayar secara ansuran untuk memudahkan urusan jual beli pelanggan. Made to Measure suit dari 12 koleksi tersebut bermula dengan harga RM2,500 serta boleh membayar secara ansuran selama 12 bulan tanpa interest.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web dan di semua sosial media Wardrobe yang ada. Jangan lepaskan peluang untuk nampak bergaya pada hari perkahwinan anda!