Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJenazah Bayi Dibeku Selama Dua Minggu, Doktor Didakwa Hina Bapa Kerana Tak...

    Jenazah Bayi Dibeku Selama Dua Minggu, Doktor Didakwa Hina Bapa Kerana Tak Mampu Lunas Bil RM3,600

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Satu kisah yang sangat menyedihkan apabila satu mayat bayi didakwa telah dibekukan dan ditahan selama 16 hari di sebuah hospital swasta kerana bapanya tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk menguruskan jenazah tersebut.

    Bapa tak cukup kos untuk urus jenazah

    Perkongsian duka itu dibuat oleh Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) yang dikenali sebagai Mr Wan Cai menerusi hantaran di Facebook.

    Menerusi perkongsian Wan Cai, bayi lelaki yang dinamakan Muhammad Adham Mikail itu difahamkan meninggal dunia 30 minit selepas dilahirkan.

    Dakwa Wan Cai, pihak hospital bertindak membekukan jasad bayi yang masih kecil itu kerana bapanya tidak mempunyai kemampuan untuk membayar bil hospital.

    Kami menghadapi masalah sewaktu hendak menguruskan jenazah wildan syurga iaiut adik Muhammad Adham Mikail.

    Hancur luluh bila melihat jenazah anak tanpa dosa ini 100 peratus beku.

    Bayangkan bayi yang sudah meninggal dunia pada 24 November lalu ini ditahan selama dua minggu dan diletakkan di dalam peti sejuk beku.

    Perkara ini berlaku kerana di ayah tidak mampu membayar bil bagi caj kelahiran anaknya di sebuah hospital swasta.

    Menurut kata si ayah, isterinya mengadu sakit sebelum dihantar oleh jirannya ke hospital tersebut.

    Ketika kejadian, beliau sedang bekerja bergegas ke hospital selepas dimaklumkan tentang keadaan isterinya.

    Ibu Adham juga ditahan di wad

    Pihak hospital juga didakwa tidak membenarkan ibu kepada Allahyarham Adham untuk keluar daripada wad sebagai jaminan.

    Bukan jasad bayi Muhammad Adham sahaja ditahan selama 16 hari di peti beku tetapi ibunya juga tidak dibenarkan keluar dari wad sehinggalah bil dibayar oleh si ayah pada jam 11 pagi tadi (Isnin).

    Bukan itu sahaja, Wan Cai turut mendakwa doktor yang menguruskan proses melahirkan turut menghina jasad Adham yang dilahirkan dalam keadaan yang tidak sempurna.

    Kau dahlah lahirkan anak cacat, lepas itu kau tak reti nak uruskan jenazah anak kau ke?

    Tidak sepatutnya kata-kata begitu keluar dari mulut seorang doktor yang juga pemilik hospital milik orang Islam.

    Ayah dihina kerana tiada duit.

    Guna air panas untuk lembutkan jenazah

    Apa yang lebih mendukacitakan ialah, Wan Cai memaklumkan pihaknya terpaksa menggunakan air panas untuk melembutkan jenazah Allahyarham Adham sewaktu melakukan proses pengurusan jenazah.

    Kami terpaksa menggunakan air panas yang dicampur dengan air paip bagi melembutkan tubuh dan sendi-sendi wildan syurga tersebut.

    Walau bagaimanapun, Wan Cai tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai hospital swasta tersebut kerana tidak mahu menimbulkan sebarang masalah kepada ibu bapa Adham Mikail.

    ALSO READ:  Sandra Lim Banggakan Negara – ‘We Love You’

    Jenazah Adham Mikail kemudiannya selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Selat Klang hasil dana infaq orang ramai pada Selasa.

    Sumber: Facebook Wan Cai

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts