Jenazah pelakon veteran, Allahyarhan Lan Zailan atau nama sebenarnya Zailan Kamarudin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22 kira-kira jam 11.25 pagi.
Majlis pengebumian berjalan lancar
Majlis pengebumian itu berjalan lancar dengan dihadiri kira-kira 300 orang termasuk ahli keluarga, saudara mara, rakan selebriti dan peminat.
Antara rakan artis yang hadir ialah Ellie Suriaty, Datuk Fizz Fairuz, Sheila Mambo, Riezman Khuzaimi dan Ijam Medicine.
Terdahulu, jenazah arwah Lan Zailan telah dimandikan di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan disolatkan di Masjid As-Salam, Puchong Perdana.
Allahyarham Lan Zailan menghembuskan nafas terakhir di PPUM pada jam 4.24 pagi Khamis.
Sebelumnya, Lan dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan sejak Ahad selepas keadaan kesihatannya kurang stabil.
Arwah sebelum ini disahkan menghidap kanser pankreas tahap empat dan telah menjalani rawatan sejak 27 November sebelum dibenarkan pulang pada Sabtu.