Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJerayawara Kurikulum Persekolahan 2027- KPM Ambil Peka, Galakkan Ibu Bapa Datang Beri...

    Jerayawara Kurikulum Persekolahan 2027- KPM Ambil Peka, Galakkan Ibu Bapa Datang Beri Pandangan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    JerayawaraJerayawara

    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan Jerayawara Kurikulum Persekolahan 2027 ke seluruh negara bermula dengan Kuala Lumpur pada 1 haribulan Mac yang lalu.

    Jerayawara  ini diadakan bagi mendapatkan maklum balas serta pandangan orang ramai terutamanya ibu bapa dalam Pelan Pembangunan Pendidikan berkaitan kurikulum persekolahan bermula tahun 2027 nanti.

    Dari Kuala Lumpur sampai ke Sarawak pun ada, jom tengok dekat mana korang boleh sertai jelajah ini!

    Jerayawara tersebut meliputi satu Malaysia, bermula di Kuala Lumpur dan berakhir di Johor

    Jerayawara tersebut yang bermula di Kuala Lumpur dan kemudiannya di Sarawak pada Mac lalu mendapat sokongan serta maklum balas yang baik daripada pengunjung.

    Pengunjung dari Negeri-Negeri lain boleh rujuk gambar di bawah untuk mengetahui tarikh jerayawara seterusnya: 

    ** Tarikh dan tempat mungkin akan ada perubahan dari masa ke semasa

    Jerayawara ini akan diadakan di pusat membeli belah atau tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai supaya mudah untuk informasi tersebut disampaikan kepada ke semua lapisan masyarakat.

    Tak fokus kepada ibu bapa dan para tenaga pendidik sahaja tau, orang ramai pun boleh beri maklum balas serta pandangan mengenai sistem pendidikan dan kurikulum ni.

    Memang bagus usaha ni, semua boleh bersuara!

    Tiga tahap persekolahan sekolah rendah diperkenalkan, fokus kepada beberapa faktor lain hasil maklum balas

    JerayawaraJerayawara

    Tiga tahap persekolahan akan diperkenalkan pada tahun 2027 dan akan dibahagikan mengikut:

    • Tahap 1: Tahun 1 & 2
    • Tahap 2: Tahun 3 & 4
    • Tahap 3: Tahun 5 & 6

    Kurikulum ini akan lebih fokus kepada pembentukan karakter, fleksibiliti dan aspek pendigitalan dan kelas pembelajaran bersepadu yang mana merupakan hasil maklum balas orang ramai.

    ALSO READ:  Haziq Hussni Enggan Komen Kemelut Antara Elly Mazlein & Jihan Muse – ‘Apa Yang Berlaku Saya Tak Ikut Campur’

    Walaupun kurikulum tersebut merupakan hasil maklum balas orang ramai, ia masih lagi perlu diperkuatkan lagi dan maklumat masih perlu dikumpulkan supaya kurikulum tersebut sesuai untuk semua.

    Pengunjung yang hadir juga boleh melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti menarik seperti pertunjukan fesyen, bermain lego, tunjukkan bagaimana proses pembelajaran dilakukan secara hibrid dan macam-macam lagi.

    Bagaimana mereka boleh berikan pendapat mereka?

    JerayawaraJerayawara

    Pengunjung yang hadir boleh berikan maklum balas dengan mengimbas kod QR yang terdapat di event tersebut. Selain itu, orang awam juga boleh berikan pandangan melalui media sosial serta laman web KPM di www.moe.gov.my .

    Disamping itu, pihak KPM juga giat mengadakan sesi libat urus secara bersasar di mana mereka mengambil kira pandangan ibu bapa, murid serta komuniti.

    Jadi sama-sama kita nantikan  Jerayawara KP2027 ni yang akan berada di kawasan berhampiran korang semua di seluruh negara termasuklah Sabah dan Sarawak.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts