Selepas lapan tahun menjalin hubungn cinta, penyanyi dan pelakon, Jeslina Hashim kini sah bergelar isteri kepada kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Eddy Nasruan Adil Tunku Mudzaffar pada Sabtu.
Kini isteri kerabat Diraja
Pasangan itu selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di sebuah hotel di ibu kota.
Berita penyatuan dua hati itu dikongsikan oleh pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim yang kini menjadi biras kepada Jeslina.
Hari yang cukup indah dan cantik meraikan majlis akad nikah abang ipar saya Tunku Eddy Nasruan Adil Tunku Mudzaffar dan kini adik ipar saya Jeslina Hashim.
Semoga urusan kalian berdua dipermudahkan dan bahagia hingga jannah.
Sarimah hadir ke majlis tersebut bersama suaminya, Tunku Nadzimuddin dan anak mereka, Tunku Sofia Najihah, 4.
Sementara itu, menerusi tinjaun di Instagram Jeslina dan Tengku Eddy, mereka dilihat sudah berkongsi beberapa foto sewaktu majlis pernikahan buat tatapan peminat.
Untuk rekod, Jeslina pernah mendirikan rumah tangga dengan Dion Andrew Vercoe pada 21 April 2005, namun mereka bercerai pada Mac 2013.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Micah, 15, dan Keira, 13.