Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJihad Boikot Demi Palestin Menjadi, The Marvels Raih RM744 Juta Iaitu Kutipan...

    Jihad Boikot Demi Palestin Menjadi, The Marvels Raih RM744 Juta Iaitu Kutipan Terendah Bagi Sekuel MCU

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seluruh dunia terutama negara-negara Islam perlu terus memboikot syarikat-syarikat yang menyumbang dan menyokong jenayah perang dilakukan oleh Israel terhadap Palestin.

    Ini kerana syarikat-syarikat tersebut secara tidak langsung dan langsung menyumbang kepada tindakan kejam Israel terhadap Palestin iaitu genosid (genocide) atau pembunuhan beramai-ramai.

    Masyarakat dunia perlu memastikan peristiwa Nakba yang berlaku pada tahun 1948 yang berlaku sebelum ini di Palestin tidak berulang pada era ini.

    Terkini filem The Marvels terbitan Disney mencatat kutipan terendah sejak ditayangkan dan sekadar meraih RM748 juta selepas 10 hari di pawagam.

    Kutipan terbabit gagal mengulangi kejayaan sekuel Marvel Cinematic Universe (MCU) terdahulu contohnya Avengers: Endgame yang meraih RM744 juta pada hari pertama tayangannya.

    Bahkan, Captain Marvel pun berjaya mengutip RM711 juta pada minggu pertama tayangan dan secara keseluruhan mengaut keuntungan RM5.1 bilion seluruh dunia.

    Dengan kutipan agak perlahan itu, The Marvels kemungkinan akan menjadi sekuel paling rendah kutipannya dalam sejarah MCU.

    Memetik sebuah portal berita online, meskipun terajunya Brie Larson dan Iman Vellani turut mempromosikan filem berkenaan beberapa hari sebelum masuk pawagam, nampaknya tidak cukup membantu.

    Filem itu disaingi rapat filem seram Thanksgiving arahan Eli Roth.

    Filem Endgame masih kekal yang tertinggi kutipannya iaitu RM13 bilion terbitan Disney.

    Produksi The Marvels dilaporkan agak mahal juga iaitu sekitar RM1.1 bilion. Diarahkan Nia DaCosta, filem terbabit cuma meraih skor 62 peratus daripada Rotten Tomatoes.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts