Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, February 2, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJihan Selamat Melahirkan Anak Ke-3, Kongsi Kepada Netizen Maksud Disebalik Nama Ungku...

    Jihan Selamat Melahirkan Anak Ke-3, Kongsi Kepada Netizen Maksud Disebalik Nama Ungku Attufayl Adl

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pengacara terkenal Jihan Muse berkongsi berita gembira mengenai kelahiran anak ketiganya.

    Jihan selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Ungku Attufayl Adl. Berita gembira itu dikongsi oleh suaminya, pelakon Ungku Hariz Faizal, melalui Instagram pada sabtu semalam.

    Selamat Melahirkan Anak Ke 3

    via Instagram Ungku Hariz

    Dalam perkongsian tersebut, Ungku Hariz mengucapkan syukur dengan berkata isterinya telah selamat melahirkan anak ketika mereka yang merupakan bayi lelaki.

    Di ruangan komen, Jihan turut menerangkan maksud nama anaknya.

    Menurut Jihan, At-Tufayl adalah nama salah seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W dan Adl adalah salah satu nama Allah dalam Asmaul Husna.

    Perkongsian bahagia tersebut mendapat sambutan hangat daripada peminat dan rakan-rakan artis, termasuk pelakon Sharifah Amani, Mona Allen, Sharifah Shahirah, dan Catriona Ross yang turut mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

    Melakukan Persiapan Sebelum Bersalin

    via Instagram Ungku Hariz

    Sebelum kelahiran ini, Jihan memaklumkan bahawa dia akan berehat sebentar untuk membuat persiapan menyambut anak ketiganya.

    Pengacara Sherry Alhadad telah menggantikan tempatnya sementara itu pada konsert kelima Gegar Vaganza musim kesebelas (GV11).

    Sekadar rekod, Jihan dan Ungku Hariz mendirikan rumah tangga pada 29 Mac 2016.

    Pasangan ini telah dikurniakan dua anak lelaki sebelumnya, iaitu Ungku Arsalan Haq dan Ungku Altamis Barr.

    Kelahiran bayi lelaki ini pastinya menambah kebahagiaan dalam keluarga kecil mereka.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts