Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Jika Ada Rezeki, Kami Rancang Nak Seorang Cahaya Mata Perempuan’ – Jue...

    ‘Jika Ada Rezeki, Kami Rancang Nak Seorang Cahaya Mata Perempuan’ – Jue Aziz

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Jue Aziz memberitahu dia terpaksa melakukan majlis pernikahan lebih awal kerana ingin memenuhi permintaan ibunya, Nor Asmah yang kurang sihat.

    Sudah lama kenal

    Menurut Jue atau nama sebenarnya, Zuliana Abdul Aziz, dia tidak berniat untuk merahsiakan majlis pernikahan dengan lelaki pilihannya, Ridwan Hussien, 34, pada 18 Ogos lalu.

    Saya tiada niat untuk rahsiakan majlis pernikahan kerana ia juga berlangsung secara ringkas di masjid dan dihadiri keluarga terdekat.

    Saya bersyukur majlis pernikahan berjalan lancar dan segala urusan berkaitan dipermudahkan Allah.

    Selepas majlis akad nikah, kami buat majlis bersanding secara ringkas di villa berhampiran, sekali gus membawa ahli keluarga bercuti.

    Berbicara mengenai Ridwan, Jue mengakui bahawa suaminya itu memenuhi kriteria yang dicari iaitu rajin bekerja dan sentiasa memberi sokongan kepada bisnes dan karier seni diceburinya.

    Kami sudah kenal lama selepas saya bercerai pada 2018. Suami hanya orang biasa dan bekerja dengan abangnya.

    Saya juga buat pendedahan ini kerana mahu betulkan persepsi orang bahawa bakal suami saya adalah golongan berada dan kenamaan.

    Anak sangat gembira saya berkahwin semula dan dapat bapa baharu.

    Disoal mengenai majlis resepsi, Jue memberitahu, dia merancang mengadakan majlis persandingan dengan mengundang rakan media dan selebriti, tahun depan.

    Insya-Allah, saya akan mengundang media untuk membuat liputan pada majlis persandingan nanti.

    Buat masa ini, saya sibuk buat ‘live’ produk dalam media sosial.

    Kami juga baru sempat pra bulan madu di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

    Soal anak, jika ada rezeki, kami rancang untuk mendapat seorang cahaya mata perempuan untuk melengkapkan kehidupan rumah tangga.

    Terdahulu, Jue berkongsi video majlis pernikahannya yang berlangsung di Masjid Abu Al-Darda, Nilai, Negeri Sembilan di laman Instagram miliknya.

    ALSO READ:  MUA Bellaz ‘Throwback’ Zaman Hidup Susah, Titip Pesan Untuk Tidak Putus Semangat – ‘Usaha Tidak Akan Mengkhianati Hasil’

    Untuk info, Jue mendirikan rumah tangga pada 2014 bersama pemuzik dari Indonesia iaitu Bayu Parman namun bercerai pada 2019.

    Mereka tidak dikurniakan cahaya mata namun mengambil seorang anak angkat yang bernama Darwish Naufal, 11.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts