Ibu kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail meluahkan rasa syukur jika berita perceraian anaknya itu tepat seperti yang dilaporkan.
Alhamdulillah
Memetik laporan Harian Metro, Patimah berharap Syamsul kembali ke jalan yang benar.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Jika benar berita ini, saya amat bersyukur.
Tambah Patimah, dia sudahpun memaafkan keluarga Ira atas apa yang berlaku itu.
Namun, nasi sudah jadi bubur dan rumah-tangga Puteri Sarah Liyana dan Syamsul hancur, anak-anak jadi mangsa.
Terdahulu, Syamsul didakwa sudah memfailkan perceraian dengan Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, hari ini.
Tindakan itu dibuat selepas mereka didakwa tidak ada lagi persefahaman.
Dalam laporan pada Oktober tahun lalu timbul khabar angin mengenai perceraian pasangan selebriti berkenaan.
Bagaimanapun tidak ada sebarang kenyataan atau maklum balas daripada kedua pihak.