Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJika Dulu Syawal Amat Dinanti-Nantikan, Zizan Akui Aidilfitri Tahun Ini Hambar Dan...

    Jika Dulu Syawal Amat Dinanti-Nantikan, Zizan Akui Aidilfitri Tahun Ini Hambar Dan Hilang Seri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Lebaran tahun ini tidak lagi sama cerianya bagi pelakon dan pelawak popular, Zizan Razak, sejak kepergian arwah nenek tersayang empat tahun lalu.

    Bagi Zizan dan keluarga, Syawal bukan lagi seperti dahulu yang penuh dengan kegembiraan dan keriangan. Perasaan hambar dan kehilangan masih terasa, dan semuanya tidak lagi semeriah dulu.

    Mohd Razizan Abdul Razak, yang lebih dikenali sebagai Zizan Razak, berkongsi bahawa nenek adalah segala-galanya bagi dirinya.

    “Selepas beberapa tahun pemergian arwah nenek yang meninggal dunia pada 2020, kami sekeluarga hanya beraya di Kuala Lumpur sahaja. Saya lebih selesa duduk di rumah. Kalau balik Kuala Terengganu pun, cuma nak jumpa ayah sahaja.”

    Bagi Zizan, pemergian nenek telah membawa perubahan besar dalam kehidupannya, dan turut menjejaskan sambutan Aidilfitri.

    “Memang rasa lain bila nenek tiada kerana kami memang rapat,” katanya dengan sedih.

    Zizan berkongsi pengalaman bersama wanita kesayangannya itu, mengingatkan akan keenakan sate hasil air tangan neneknya yang tiada tandingannya.

    “Selepas arwah tiada saya ada juga menziarah rumah peninggalannya di Dungun. Rasa sedih sangat. Terus teringat zaman masa arwah masih hidup. Saya membesar dengan arwah. Bahkan ibu melahirkan saya di bilik arwah.”

    Walaupun kesibukan sebagai seorang artis menyebabkan Zizan tidak dapat menziarahi arwah sekerap dulu, namun ia tidak menghalangnya dari mengenang jasa nenek.

    “Rasa terkilan juga, tapi nak buat macam mana. Satu lagi perkara yang cukup istimewa mengenai arwah adalah cukup pakar buat sate. Sate arwah sangat sedap dan belum ada sesiapa yang mampu menandingi air tangannya,” cerita Zizan dengan rasa bangga dan rindu.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts