Pelakon Fathia Latiff akui berasa tidak selesa apabila ada netizen yang meninggalkan komen kurang baik dan saling berdebat antara satu sama lain di ruangan balas pada ‘posting’ di Instagram miliknya.
‘Pergi dengar ceramah’
Menurut Fathia, sekiranya netizen tidak berminat dengan hantaran yang dikongsikan, dia menasihati mereka untuk melakukan perkara yang lebih berfaedah seperti mendengar ceramah.
Korang, pergi buat kerja masing-masing and get your life. Jika kalian tidak suka posting di Instagram saya, pergi tempat lain dan abaikan.
Kalian tidak perlu berdebat di ruangan komen posting saya. Sebab saya rasa perkara itu menjengkelkan.
Kalau rasa tidak selesa atau tidak suka, kalian boleh pergi dengar ceramah ustazah. Kalau rasa korang baik sangat nak komen fasal orang lain.
Fathia berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran video di Instagram Story miliknya.
Dalam pada itu, pelakon yang popular menerusi drama Ariana Rose berkata, dia penat melayan sikap segelintir manusia yang ‘bertopengkan’ kebaikan.
Sebab saya penat dengan orang yang acah-acah baik. Korang pun belum tentu lagi nak masuk syurga atau neraka. Boleh nasihat tapi jangan sampai hina-hina.