Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJiman Casablancas Meninggal Dunia, Nabila Huda Titip Doa-“Kami Kehilangan Sahabat..”

    Jiman Casablancas Meninggal Dunia, Nabila Huda Titip Doa-“Kami Kehilangan Sahabat..”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Industri fesyen Malaysia menerima berita sedih dengan pemergian Jiman Casablancas atau nama sebenarnya Muhammad Nizam Khamis yang telah kembali ke rahmatullah pada malam Ahad.

    Berita kematian ikon dan penasihat fesyen ini juga dikongsikan oleh pelakon dan pengacara, Nabila Huda menerusi Insta Stories yang turut menitipkan doa buat arwah.

    “Dengan perasaan sedih, kami kehilangan kawan dan abang, Mohd Nizam Bin Khamis atau lebih dikenali sebagai Jiman Casablancas.

    Kami memohon agar Allah memberikan rahmat dan keampunan kepadanya, dan memasukkannya di syurga yang tertinggi.

    Semoga Allah memberikan kesabaran dan kekuatan kepada keluarganya dalam kehilangan Jiman.”-tulis Nabila di Insta Stories

    Akan Dikebumikan Pagi Ini

    Nabila juga menjemput orang ramai untuk sama-sama menghadiri upacara pengebumian arwah yang dijadual untuk diadakan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Batu, Batu 5, Jalan Ipoh pada jam 10 pagi hari ini.

    “Kami dengan hormatnya menjemput anda untuk sama-sama menghadiri pengebumian di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Batu, Batu 5, Jalan Ipoh, pada jam 10 pagi, sebagai penghormatan terakhir kepada sahabat yang dikasihi, Mohd Nizam Bin Khamis.

    Kehadiran dan sokongan anda di waktu sukar ini amat dihargai.”-tulis Nabila lagi

    Difahamkan, perkongsian teman rapat menyatakan bahawa kematian Allahyarham disebabkan oleh kegagalan jantung. Sebelum ini, Allahyarham juga telah dibawa ke hospital beberapa hari yang lalu selepas mengalami hentakan di kepala dan ‘blacked out’.

    Sama-sama kita sedekah Al-Fatihah buat Allahyarham..

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts