Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJodoh Adalah Takdir, Jangan Salahkan Allah - Abby Abadi

    Jodoh Adalah Takdir, Jangan Salahkan Allah – Abby Abadi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    abbyabby

    Isu yang melibatkan anak pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania yang didakwa menjadi orang ketiga dalam sebuah perkahwinan telah menyorot perhatian ramai di media sosial.

    Abby balas komen netizen

    abby jodohabby jodoh

    Menerusi tinjauan di ruangan komen pada salah satu hantaran Instagram (IG) Abby, rata-rata netizen meluahkan pendapat mereka tentang kemelut yang sedang berlaku dalam keluarga aktres itu.

    Bagaimanapun terdapat satu komen warganet yang telah menarik perhatian Abby. Individu tersebut meninggalkan komen dengan meminta pelakon itu untuk percaya kepada takdir dan ketentuan.

    Kena percaya qada dan qadar Allah. Allah dah tulis perjalanan kita macam mana. Doa yang baik-baik insyaAllah, Allah maha pengasih dan maha penyayang.

    Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan kemudian membalas komen individu tersebut dengan menegaskan bahawa jodoh merupakan takdir yang boleh dipilih.

    Jangan sesuka hati menyalahkan Allah, belajar lagi. Jodoh itu takdir yang boleh dipilih, mati je tak boleh pilih.

    Dalam perkembangan terbaharu kes tersebut, Norman meminta Abby untuk tidak lagi berkongsi tentang isu berkenaan di media sosial dan menafikan dia bersikap lepas tangan.

    Terdahulu, Abby mengesahkan bahawa Marissa dan Aslam telah bernikah di Thailand seperti mana dakwaan yang tular sebelum ini.

    Bagaimanapun, dia menggesa puterinya itu untuk mendaftarkan perkahwinan tersebut di Malaysia.

    Sebelum ini, Marissa dan Aslam juga didakwa berkahwin tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertama Aslam iaitu Misya.

    Keluarga Abby dan Norman kemudian menerima pelbagai kecaman daripada wargamaya selepas timbulnya kontroversi melibatkan anak mereka yang didakwa menjadi punca kepada keretakan sebuah perkahwinan.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Laporan Polis Dakwa Artis Wanita Popular Pukul Pembantu Peribadi Tular, Sepupu Turut Terlibat?
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts