Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentJodoh Atau Kerjaya Jadi Pilihan Riena Diana?

    Jodoh Atau Kerjaya Jadi Pilihan Riena Diana?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Riena Diana yang kini semakin aktif dalam bidang lakonan dan baru sahaja membintangi watak antagonis di dalam drama Wanita Syurga di TV3, tampil dengan drama bergenre romantik komedi terbaharu, Helo Jodoh sebagai watak utama yang ingin mencapai impian dan pada masa yang sama dikelilingi oleh lelaki-lelaki yang ingin memikatnya.

    ‘Helo jodoh’

    Drama ini bakal bersiaran menerusi slot Lestary bermula esok 17 Mei 2024, setiap hari Khamis hingga Sabtu, pukul 9.00 malam.

    Drama bersiri 13 episod terbitan Orangetree Production yang diarahkan oleh Azmi Mohd Hata ini menampilkan barisan pelakon seperti Riena Diana, Syarul Ezani, Fendy Bakry, Shaza Bae, Enot, Esma Daniel, Shamsul Ghau Ghau, Wan Nor Azlin dan ramai lagi.

    Helo Jodoh mengisahkan tentang Rita (Riena Diana) yang bercita-cita untuk menjadi DJ Radio tetapi terpaksa menangguhkan impiannya. Kini, Rita bekerja sebagai khidmat pelanggan untuk sebuah aplikasi ‘Helo Jodoh’. Iskandar (Syarul Ezani) dan Rita telah disatukan dalam program mentor-mentee untuk membantu Rita mendalami pekerjaan baharunya. Mereka ditugaskan untuk membantu pengguna aplikasi yang berhadapan dengan masalah cinta. 

    Pada mulanya, Rita terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah dan kerenah manusia seperti bosnya Puan Rozy (Enot) dan suaminya Mr Roy (Esma Daniel). Kemunculan selebriti popular bernama Zack (Fendy Bakry) pula telah menambahkan lagi rempah ratus dan warna warna kehidupan Rita. 

    Apabila Rita baru sahaja hendak membuka langkah mengejar impiannya, muncul pula seorang gadis ‘glamor’ dan cantik bernama Cassandra (Shaza Bae) yang juga mempunyai impian yang sama, sekaligus menjadi saingan kepada Rita yang mengejar impian, cita-cita dan cinta yang sama!

    Menurut Riena Diana, dia berasa gembira membawakan watak sebagai Rita ini kerana ianya seperti menggambarkan situasi sebenar kehidupan rata-rata gadis yang perlu berhadapan untuk membuat pilihan kehidupan berkaitan dengan jodoh dan kerjaya. Saya berharap agar drama terbaharu ini dapat memberikan hiburan kepada penonton dan dalam masa yang sama memberikan mereka pengajaran’’

    ALSO READ:  Kisah Puteri Sarah: Bella Mengalami Masalah Kurang Makan yang Menganggu Tidurnya

    Jangan ketinggalan untuk menonton Helo Jodoh menerusi slot Lestary bermula 17 Mei 2024, setiap hari Khamis hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim juga melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store. 

    Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts